English Version

         Decrease Size Increase Size Reset font to default   

 

 

 

BAKAL PEJALAR ANTARABANGSA

KEMUDAHAN & PERKHIDMATAN


Kampus UMP di bandar Gambang telah diubah suai untuk memastikan ianya menjadi sebuah pusat pengajian yang serba lengkap. Pihak Universiti menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang bersesuian kepada pelajar dan staf. Adalah menjadi matlamat UMP untuk memastikan bahawa para pelajarnya dapat melanjutkan pengajian mereka dalam persekitaran yang kondusif dan meninggalkan pengalaman yang positif.

UMP dilengkapi dengan kemudahan internet tanpa wayar (wireless) yang membolehkan pelajar dan staf mengakses internet di beberapa lokasi-lokasi yang strategik di sekitar kawasan kampus dengan menggunakan komputer riba mereka. Kemudahan yang disedikan ini memberikan kelebihan kepada pelajar dan staf UMP dan membolehkan mereka mendapatkan maklumat dengan pantas dan efisien.