Menu Utama > Prasiswazah

SENARAI PROGRAM

Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam

Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Persekitaran
Diploma Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa)
Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Industri)

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kejuruteraan Pembuatan
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kejuruteraan Automotif
Diploma Kejuruteraan Mekanikal

Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli

Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia
Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Teknologi Gas)
Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi)
Diploma Kejuruteraan Kimia (Loji Proses)

Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian

Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)
Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Komputer & Rangkaian)
Diploma Sains Komputer

Fakulti Kejuruteraan Pembuatan & Pengurusan Teknologi

Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan
Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian
Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Industri dengan Kepujian
Sarjana Muda Pengurusan Projek dengan Kepujian

Fakulti Sains & Teknologi Industri

Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Kimia Industri

KALENDAR AKADEMIK

Kalendar Akademik Sesi 2007/2008

Semester I 1 Jul-7 Jul 2007
9 Jul-31 Ogos 2007
1 Sep-9 Sep 2007
10 Sep-12 Okt 2007
13 Okt-21 Okt 2007
22 Okt-2 Nov 2007
3 Nov-11 Nov 2007
12 Nov-23 Nov 2007
24 Nov-30 Dis 2007
Pendaftaran Pelajar Baharu & Program MINDS
Kuliah (8 Minggu)
Cuti Pertengahan Semester (1 Minggu)
Kuliah (5 Minggu)
Cuti (1 Minggu)
Kuliah (2 Minggu)
Cuti Ulang Kaji (1 Minggu)
Peperiksaan Akhir Semester I (2 Minggu)
Cuti Akhir Semester I (5 Minggu)
Semester II 31 Dis 2007-2 Feb 2008
3 Feb-10 Feb 2008
11 Feb-20 Apr 2008
21 Apr-27 Apr 2008
28 Apr-11 Mei 2008
12 Mei-6 Jul 2008
Kuliah (5 Minggu)
Cuti Pertengahan Semester (1 Minggu)
Kuliah (10 Minggu)
Cuti Ulang Kaji (1 Minggu)
Peperiksaan Akhir Semester II (2 Minggu)
Cuti Akhir Semester II (8 Minggu)
Semester Pendek 12 Mei-29 Jun 2008
29 Jun-6 Jul 2008
Kuliah (7 Minggu)
Peperiksaan (1 Minggu)

** Kalendar Akademik sesi 2007/2008 ini telah diluluskan di Mesyuarat Senat Kali Ke-32 Bil. 9/2006.
** Pindaan Terhadap Kalendar Akademik Sesi 2007/2008 ini telah diluluskan di Mesyuarat Senat Kali ke 34 Bil. 1/2007.
** Maklumat yang terdapat dalam kalendar ini adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Kalendar Akademik Sesi 2008/2009


 

1

 

SEMESTER I


1 JULAI 2008 - 5 JULAI 2008


Pendaftaran Pelajar Baru & Program MINDS


7 JULAI 2008 - 15 OGOS 2008


Kuliah - 6 minggu


16 OGOS 2008 – 24 OGOS 2008


Cuti Pertengahan Semester - 1 minggu


25 OGOS 2008 – 26 SEPTEMBER 2008


      Kuliah – 5 minggu


27 SEPTEMBER 2008 – 5 OKTOBER 2008


Cuti Khas (1 minggu)


6 OKTOBER 2008 – 24 OKTOBER 2008


Kuliah – 3 minggu


25 OKTOBER 2008 - 2 NOVEMBER 2008


Minggu Persediaan Peperiksaan Akhir - 1 minggu


3 NOVEMBER 2008 - 14 NOVEMBER 2008


Peperiksaan Akhir - 2 minggu


15 NOVEMBER 2008 – 28 DISEMBER 2008


Cuti Akhir Semester I - 5 minggu

 

2

 

SEMESTER II

 
29  DISEMBER 2008 – 23 JANUARI 2009
                                     


Kuliah - 4 minggu


24 JANUARI 2009 - 1 FEBRUARI 2009


Cuti Pertengahan Semester - 1 minggu

 
2 FEBRUARI 2009 – 10 APRIL 2009


Kuliah - 10 minggu


11 APRIL 2009 - 19 APRIL 2009


Minggu Persediaan Peperiksaan Akhir - 1 minggu


20 APRIL 2009 – 1 MEI 2009


Peperiksaan Akhir – 2 minggu


2 MEI 2009 – 5 JULAI 2009


Cuti Akhir Semester II - 10 minggu

 

3

 

SEMESTER PENDEK

 
4 MEI 2009
                                      


Pendaftaran Kursus Semester Pendek Sesi 2008/2009

 
4 MEI – 19 JUN 2009


Pengkuliahan Semester Pendek – 7 minggu

 
22 JUN 2009 – 26 JUN 2009


Peperiksaan Akhir Semester Pendek – 1 minggu



Klik di sini untuk salinan kalendar akademik sesi 2008/2009.

SERVIS & KEMUDAHAN

Kampus UMP di bandar Gambang telah diubah suai untuk memastikan ianya menjadi sebuah pusat pengajian yang serba lengkap. Pihak Universiti menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang bersesuian kepada pelajar dan staf. Adalah menjadi matlamat UMP untuk memastikan bahawa para pelajarnya dapat melanjutkan pengajian mereka dalam persekitaran yang kondusif dan meninggalkan pengalaman yang positif.

UMP dilengkapi dengan kemudahan internet tanpa wayar (wireless) yang membolehkan pelajar dan staf mengakses internet di beberapa lokasi-lokasi yang strategik di sekitar kawasan kampus dengan menggunakan komputer riba mereka. Kemudahan yang disedikan ini memberikan kelebihan kepada pelajar dan staf UMP dan membolehkan mereka mendapatkan maklumat dengan pantas dan efisien.
Perpustakaan
Fungsi utama Perpustakaan UMP ialah untuk memberikan dan menyebarkan informasi kepada seluruh warga Universiti serta menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang berkaitan. Selain itu, ia juga bertindak sebagai pemangkin dan mempromosikan budaya ilmu di Universiti. Sebagai sebuah pusat ilmu, Perpustakaan UMP memainkan peranan yang penting dalam membangunkan sebuah masyarakat ilmu selaras dengan misi Universiti.

Perkongsian ilmu adalah salah satu perkara utama yang dianjurkan oleh Perpustakaan UMP. Penyediakan prasarana yang membantu dan menyokong proses perkongsian ilmu seterusnya mewujudkan ‘k-Organisation’.

Perpustakaan UMP memastikan penyusunan bahan-bahan yang digunakan untuk tujuan e-Pembelajaran (e-learning) oleh pelajar dan pensyarah di Universiti ini berada didalam keadaan yang terbaik. Selain bahan bacaan, sejumlah besar bahan atas talian (online) juga disediakan dan boleh diakses di dalam kampus pada bila-bila masa.

Perpustakaan UMP juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan dan pengurusan ‘Knowledge Portals’ bagi semua Jabatan, Fakulti, Pusat serta Kumpulan Fokus di Universiti ini. Portal yang dibangunkan ini bertindak sebagai satu platform yang boleh diakses oleh semua untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan UMP ataupun topik-topik yang berkaitan dengan mereka. Portal tersebut juga turut menyenaraikan kepakaran yang ada serta teknologi terkini yang dihasilkan atau sedang dibangunkan oleh UMP. Semua warga UMP digalakkan untuk untuk menyumbang artikel dan bahan penulisan akademik mengikut bidang dan kepakaran masing-masing di dalam portal-portal tersebut.
Bilik Kuliah, Dewan Kuliah & Makmal
Bagi menjamin keselesaan pelajar di UMP, sejumlah ?? Bilik Kuliah, 15 Dewan Kuliah serta enam Makmal Bahasa disediakan. Setiap Bilik Kuliah boleh memuatkan seramai 40 orang pelajar manakala Dewan Kuliah pula dapat digunakan oleh 60 orang pelajar pada satu-satu masa. Kesemua Bilik dan Dewan Kuliah dilengkapi dengan peralatan pengajaran & pembelajaran yang menggunakan teknologi terkini bagi memastikan proses penyampaian dan perkongsian ilmu dapat dilakukan dengan sempurna dan berkesan.

Selain itu, Universiti ini juga mempunyai 4 buah makmal kejuruteraan yang ditempatkan di Taman Teknologi dan Industri UMP. Setiap makmal dilengkapi dengan kemudahan yang diperlukan bersesuaian dengan konsep ‘teaching factory’ bagi membolehkan pelajar menghayati dan mempraktikkan ilmu yang diterokai.
Kafeteria
Terdapat banyak kafeteria di sekitar kawasan kampus UMP yang menyediakan pelbagai jenis juadah dengan harga yang berpatutan. Kafeteria di UMP beroperasi daripada jam 7:00 pagi hingga 12:00 tengah malam. Selain daripada tempat menjamu selera, kafeteria yang disedikan juga dilengkapi televisyen dan kemudahan lain yang menjadikannya tempat yang sesuai untuk bersantai semasa waktu rehat.
Pusat Kesihatan Pelajar
Pusat Kesihatan Pelajar UMP menyediakan perkhidmatan kesihatan bukan sahaja untuk pelajar malah kepada semua staf UMP. Terletak di Pusat Perkhidmtaan Siswa, pusat ini dibuka daripada jam 8:30 pagi hingga 4:30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dan daripada jam 8:30 pagi hingga 1:00 petang pada hari Sabtu.

HUBUNGI KAMI

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:

Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Malaysia Pahang
Tel.: +609-549 2550/2030
Faks: +609-549 2555