Menu Utama > Penyelidikan

PENGENALAN

Universiti Malaysia Pahang
”Menerajui Kecemerlangan Melalui Penyelidikan dan Inovasi"

Ditubuhkan sebagai sebuah Universiti Teknikal oleh Kerajaan Malaysia pada bulan Februari tahun 2002, Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteran & Teknologi Malaysia (KUKTEM) memfokuskan dalam bidang kimia, petrokimia dan sumber asli, industri pembuatan dan proses. UMP memainkan peranan yang penting sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang utama di kawasan koridor ECER (East Coast Economic Region). UMP mengkhusus dalam bidang-bidang berikut:
-Kejuruteraan Kimia
-Bioteknologi Industri
-Kejuruteraan Automotif
-Kejuruteraan Pembuatan

Fungsi utama aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan dijalankan di UMP adalah untuk meletakkan Universiti ini sebagai sebuah pusat penyelidikan yang unggul. Hasrat ini dapat dicapai dengan menetapkan halatuju rancangan jangka panjang Universiti untuk penyelidikan, pembangunan serta pengkomersialan. Disamping itu juga penubuhan pusat-pusat kecemerlangan dan perancangan sumber manusia, sumber kewangan serta pengurusan dokumentasi hasil penyelidikan juga dapat membantu merealisasikan impian tersebut.

Hasil daripada aktiviti penyelidikan dan pembangunan di UMP adalah bertujuan untuk menyumbang ke arah:
-perkembangan dan percambahan ilmu terutamanya diperingkat pendidikan prasiswazah dan pascasiswazah.
-penjanaan kekayaan melalui pengkomersialan hasil-hasil penyelidikan.
-pembangunan terutamanya kepada masyarakat setempat.
-pembangunan negara melalui pembangunan keusahawanan dan menyemarakan minat masyarakat terhadap sains dan teknologi

BIDANG KEUTAMAAN


Selaras dengan visi UMP untuk menjadi sebuah Universiti Teknikal berteraskan kompetensi bertaraf dunia, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) telah mewujudkan empat Kumpulan Fokus dan enam Kumpulan Kepakaran.

Kumpulan-kumpulan ini merupakan tulang belakang kepada semua program-program penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang menghasilkan produk-produk didalam bidang-bidang yang telah ditentukan. Kumpulan-kumpulan tersebut adalahs eperti berikut:

KUMPULAN FOKUS

Kejuruteraan Kimia
Bioteknologi Industri
Automotif
Pembuatan

KUMPULAN KEPAKARAN

Pembinaan Inovatif
Instrumentasi & Kawalan
Teknologi Maklumat
Bahan Termaju
Alam Sekitar
Sains Kemanusiaan
Komunikasi

CARIAN PENYELIDIK (PAKAR)

Name, Title & Qualification Field Of Research Faculty Phone, Fax, Hand phone, Email
Abdullah Embong, Prof.
Teacher Certificate (MPTI, JB) BSc (Hons) Computer Science (USM) MSc Information System (Indiana University Bloomington, USA) PhD Computer Science (Loughborough U of Tech. UK)
F10501,
Information System and Knowledge Management.
Faculty of Computer System & Software Engineering 09 - 5492146
09 - 5492144
013 - 4390252
ae@ump.edu.my
Abdul Jalil Borham, Prof., Dr. Sarjanamuda (Kepujian) (Undang-undang Islam & Ekonomi) (UM), Sarjana (Pentadbiran Undang-undang Islam) (UM), Ph.D (Pengurusan Sains muamalat Islam) (UM). F2020399,
Other philosophy: Philosophy of Science. Human Development, Islamic Commercial Management, Islamic Law,
Centre of Modern Language and Human sciences 09 - 5492016
09 - 5492535
019 - 7649407
jalil@ump.edu.my
Ahmad Othman, Prof., Dr. Management & Technology, Technology Absorption, Dual Training System, Employee Development, Technology Transfer. Faculty of Manufacturing Engineering & Management Technology 09 – 549 2161
09 - 5492167
012 - 93688443
ahmadbo@ump.edu.my
Fadhadli Zakaria, Prof., Ir., Dr.
B.Sc. (Civil Engineering) (South Dakota State University, USA), M.Eng. (Structures & Materials) (UTM), Ph.D (Concrete Technology) (UTM)
F1070410,
Civil engineering (Structure)
Faculty of Civil Engineering and earth Resources 09 – 5492288
09 - 5492299
fadhadli@ump.edu.my
Ideris Zakaria, Prof., Engr., Dr.
BEng. (Hons), MSc , ph.D (UTM)
  Faculty of Civil Engineering and earth Resources 09 - 5492741
09 - 5492299
019 - 8603591
ideris@ump.edu.my
Jailani Salihon, Prof., Ir., Dr.
B.Sc (Hons) (Chemical Engineering) (Loughborough), Ph.D (Chemical Engineering) (Surrey)
The Optimisation and Scale-up of Biological Processes, Risk Analysis in the Chemical and Process Industries. Faculty of Chemical Engineering and Natural Resources 09 - 5492023
09 - 5499378
019 - 9805967
jailani@ump.edu.my
Mashitah Mohd Yusoff, Prof., AMIC, Dr.
B.S. (Chemistry) ASC-Certified Chemist (Wichita State), M.A (Chemistry) (Western Michigan), Ph.D (Chemistry) (Wichita State)
F1030303,
Physical Organic & Natural Products, Ethnobotany.

F1030000,
Chemistry
Faculty of Chemical Engineering and Natural Resources 09 - 5492017
09-5492399
019 - 9885800
mashitah@ump.edu.my
Mohd Ridzuan Nordin, Prof., Dr.
B.Sc. (Chemistry) University of Tasmania, Australia, PhD (Heterogeneous Catalysis) University of Tasmania, Australia, Diploma in Personnel Management, MIPM, Masters in Business Administration, Universiti Kebangsaan Malaysia
F1030000,
Chemistry Technology Management and Aspects of Higher Education
Faculty of Chemical Engineering and Natural Resources 09 - 5492029
09 - 5492622
012 - 6023798
mridzuan@ump.edu.my
Mohamed Said Mat Lela, Prof., Dato’, Dr.
Dip. Ukur Tanah (Institut Teknologi Kebangsaan K.L), Dip. Cartographic Engineering (ITC Enschede, The Netherlands), B.Sc (Hons) (London), M.App.Sc (Glasgow), Ph.D (Nottingham)
F1071423,
Remote sensing, Ukur Tanah, Fotogrametri & Kartografi, Sistem Maklumat Geografi.
Faculty of Civil Engineering and earth Resources 09 - 5492002
09 - 5492222
012 - 7083043
said@ump.edu.my
Rosli Mohd Yunus, Prof., Dr.
Dip. (Industrial Chemistry) (ITM), B.Sc (Chem. Eng.) (North Carolina State, USA), M.Sc. (Chem. Eng) (Wales), Ph.D (Chem. Eng.) (Wales)
F10602,
Membrane Separation, Ultrasonic Assisted Processing, Microwave Assisted Processing. Recycling Technology
Faculty of Chemical Engineering and Natural Resources 09 - 5492012
09 - 5492399
019 - 2401134
rmy@ump.edu.my
Sabarudin Mohd, Prof., Dr.
Dip. Civil Engineering, B.Sc. Hons (Civil Eng.) (Glasgow), M.Sc. (Structural Engineering) (Strathclyde), Ph.D (Structures) (Birmingham)
F1070410, Civil engineering (Structure) Faculty of Civil Engineering and earth Resources 09 - 5492003
09 - 5492616
019 - 9844002
tnc_aa@ump.edu.my

AWARD & ACHIEVEMENT

Sejak daripada tahun 2005, saban tahun UMP telah menghasilkan penyelidikan-penyelidikan berjaya merangkul pelbagai anugerah di pameran-pameran penyelidikan dan inovasi di peringkat kebangsaan mahupun di persada antarabangsa.

ANUGERAH PENYELIDIKAN DITERIMA SEPANJANG 2005-2007
NO. KATEGORI JUMLAH
1. Anugerah Antarabangsa 6
2. Anugerah Pameran Kebangsaan 26
3. Anugerah Penyelidikan & Inovasi UMP 21
4. Lain-Lain Anugerah 5

PUSAT PENYELIDIKAN

Pusat Kecemerlangan Automotif

LATARBELAKANG

Pusat Kecemerlangan Automotif UMP ditubuhkan adalah bertujuan untuk menggunakan segala kemudahan ada di UMP dari segi kepakaran dan kemudahan membantu perkembangan industri automotif negara. Peranan utama yang dimainkan oleh Pusat ini adalah:

Penyelidikan dan pembangunan
Menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan menggunakan kemudahan dan kepakaran yang sedia ada di UMP kini. Ini sejajar dengan usaha kerajaan untuk memperbadankan universiti. Usaha ini diharap dapat menghasilkan satu sumber pendapatan kepada UMP.

Penyebaran maklmat dan nasihat teknikal
Ia berperanan memberi perkhidmatan nasihat dan penyebaran maklumat yang dapat membantu didalam meningkatkan prestasi pelanggan. Perkhidmatan yang dapat diberi adalah maklumat berkaitan piawaian, pengujian, bahan, proses pembuatan, peralatan terkini dan sebagainya. Kepakaran yang ada di UMP berkaitan dengan industri dan pembuatan dapat dimanfaatkan melalui nasihat dan perundingan kepada pelanggan. Ketika ini maklumat-maklumat ini terkumpul di Pusat Pengurusan Ilmu (Knowledge Management Center, KMC).

Latihan dan Kursus
Latihan dan kursus yang dapat ditawarkan adalah didalam bentuk tindikkan (secondment) pegawai-pegawai industri untuk menjalankan sesuatu kerja penyelidikan dan pembangunan produk bersama dengan kakitangan UMP. Disamping itu ia dapat menjalankan kursus-kursus pendek iktisas yang berkaitan dengan komponen, peralatan, pengujian dan sebagainya. Peluang mengikut kursus ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah juga dapat dijalankan dengan bantuan tenaga pakar UMP, dalam dan luar negeri.

KEUPAYAAN UMP SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN AUTOMOTIF

Kemudahan
-Makmal enjin pembakaran dalam
-Makmal tenaga alternatif
-Makmal servicing
-Makmal termodinamik
-Makmal bendalir
-Makmal bahan
-Makmal metrologi
-Makmal getaran dan kebisingan
-Makmal loji
-Makmal CNC
-Makmal larik dan milling
-Makmal komputer (CAD / CAM / CAE)

Tenaga pakar
Terdapat lebih daripada 25 orang tenaga pakar dalam bidang automotif yang berkhidmat dalam pusat ini. Antara bidang-bidang tersebut adalah:
-Kejuruteraan automotif
-Getaran dan kebisingan
-Bahanapi dan pembakaran
-Aerodinamik dan computational fluid dynamics
-Rekabentuk automotif, industri dan berbantuan komputer
-CAD / CAM / CAE
-Loji kuasa
-Kejuruteraan pembuatan dan pengeluaran
-Kawalan automatik, hidraulik dan udara termampat
-Bahan termaju dan komposit
-CNC milling dan lathe

Projek penyelidikan automotif

Sebanyak 8 projek yang sedang diusahakan oleh kakitangan Pusat ini dengan pembiayaan Research Management Center (RMC) dan juga FKM sendiri melalui Pilot Programme. Projek-projek tersebut adalah:
-Modular 2-Stroke Diesel Engine – Pembinaan sebuah prototaip enjin yang berkonsep modular dan dua lejang yang menggunakan bahan api Diesel. Projek tersebut telah memenangi 2 buah pingat perak dan 3 buat pingat gangsa dari pertandingan rekabentuk tempatan dan juga antarabangsa.
-In-campus Vehicle (IV) – Sebuah projek merekabentuk sebuah penghasilan sebuah kenderaan bertenaga elektrik yang unik dari segi pemasangan bateri.
-Tomorrow Today (T2) – Sebuah projek percubaan untuk menghasilkan satu kenderaan series hybrid dengan technology yang sedia ada.
-Compressed Air Transport (CAT) – Sebuah projek yang cuba menggunakan tenaga dari udara termampat untuk menggerakkan sebuat kenderaan.
-Penggunaan CNG dalam kenderaan – Menimba pengalaman penggunaan Compressed Natural Gas dalam kenderaan seharian.
-Enjin turbin – penggunaan komponen terbuang dijadikan sebuah enjin turbin yang menggunakan bahan api Liquified Petroleum Gas (LPG).
-Pembinaan Engine Dynamometer – Mereka sistem pengujian prestasi enjin dengan komponen sedia ada.
-Pembuatan alat bantuan mengajar – Satu projek usahasama dengan sebuah syarikat yang mana ia telah menghasilkan 2 enjin keratan dan 4 kenderaan keratan untuk pengajaran subjek automotif di UMP.

Projek projek perundingan

Pusat ini telah banyak menjalankan kerja-kerja berkongsian ilmu dan perundingan untuk syarikat-syarikat tempatan sejak bermulanya operasi. Antara projek yang sedang dan telah dijalankan adalah:
-Pembinaan enjin dynamometer – projek usahasama antara FKM dengan pembekal alatan
-Penghasilan keratan kenderaan dan enjin – projek penghasilan alat bantuan mengajar automotif
-Alat air enhancer – suatu alat peningkatan prestasi enjin
-Fuel magnetizer – suatu alat magnetik yang dapat menaikan prestasi enjin
-Designing of 4 liter bottle – projek mereka bentuk botol bersaiz 4 liter
-Line Balancing – suatu projek yang dapat menaikan kadar pengeluaran kenderaan dengan sebuah syarikat pemasang kenderaan.

Hubungan UMP dengan pihak luar

1) Syarikat pengeluar kenderaan tempatan
Pusat Pembangunan Atomotif UMP mempunyai hubungan dengan beberapa syarikat pengeluar kenderaan bermotor tempatan. Syarikat-syarikat yang dimaksudkan adalah:
-PROTON
-PERODUA
-MTB
-Bufori

2) Agensi kerajaan dan separa kerajaan
Beberapa agensi kerajaan dan separa kerajaan yang mempunyai banyak perbincangan dengan Pusat ini adalah:
-SIRIM
-MPOB
-FELDA Holding

Hubungan UMP dengan institusi penyelidikan dan pengajian tinggi

1) Universiti luar
Pusat ini telah menjalin kerjasama dengan beberapa universiti yang terkemuka demi menaikkan taraf penyelidikan dan juga memberi peluang mengikuti kursus bagi kakitangan akademik (di peringkat Msc., M.Eng. dan Ph.D.) dan latihan jangka pendek. Di antara universiti yang dimaksudkan ialah:
-Han Yang University, Seoul, Korea
-Brüel – Käer University, Denmark
-Imperial College, London, United Kingdom
-Coventry University, United Kingdom
-University of Cullalongkorn, Bangkok, Thailand
-Universiti Teknologi Petronas, Malaysia
-Universiti Teknologi Mara, Malaysia
-Universiti Tenaga Nasional, Malaysia

2) Institusi penyelidikan luar negeri
Di dalam usaha meningkatkan peluang latihan untuk kakitangan akademik dan sokongan teknikal, hubungan diantara Pusat Pembangunan Automotif UMP dengan beberapa institusi penyelidikan automotif antarabangsa telah lama diujudkan. Di antaranya dengan adalah dengan pihak berikut:
Syarikat Lotus Motor Co. United Kingdom

Maklumat lanjut sila hubungi:
Prof. Madya Dr. Rosli bin Abu bakar
Pengarah
Pusat Pembangunan Automotif
Universiti Malaysia Pahang
Tel: 09-549 2011

GALERI PENYELIDIKAN