Menu Utama > Pusat Kecemerlangan

PUSAT PENGAJIAN BERTERUSAN & PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CENFED)

Latar Belakang

Pusat Pengajian Berterusan & Pembangunan Profesional (CENFED) telah ditubuhkan pada tahun 2004 merupakan sebuah unit di bawah Pejabat Timbalan Naib CAnselor Penyelidikan & Inovasi. Melalui perancangan srategik Universiti Malaysia Pehang (UMP), CENFED dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program pembelajaran sepanjang hayat di UMP.CENFED juga merupakan penyedia latihan berdaftar dengan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Kementerian Sumber Manusia (JKKP/DOSH), CIDB, PSMB dan JPA. Sehingga kini, CENFED telah merancang untuk melaksanakan pelbagai program kursus jangka masa pendek dan separuh masa dengan kerjasama Fakulti /Unit/ Pusat di UMP serta pihak luar.

Sinopsis Kursus

Kursus Persijilan Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (SHO)
Kursus ini bertujuan melahirkan individu kompeten terhadap prinsip dan konsep keselamatan & Kesihatan pekerjaan sepertimana digariskan oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Kementerian Sumber Manusia (JKKP). Modul kursus adalah berdasarkan tata amalan oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Kursus Confined Space
Kursus ini dijalankan selaras dengan kehendak Akta Kilang dan Jentera 1970, (peraturan-peraturan 1970) berkaitan peraturan keselamatan bekerja di ruang sempit (confined space). Kursus selama dua hari ini akan mendedahkan kepada peserta tentang tugas, prosedur dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi apabila bekerja di dalam ruang sempit(confined space).

Kursus Authorized Gas Tester (AGT)
Kursus ini dijalankan selaras dengan keperluan Akta Kilang & Jentera 1970 berkaitan dengan peraturan bekerja dalam ruang terhad. Melalui kursus selama tiga (#) hari ini, peserta akan didedahkan dengan hazad dalam ruang terhad, kaedah menguji dan menganalisis gas yang biasanya tersapat dalam ruang sempit.

Kursus Refresher Confined Space & Standby Person
Kursus ini diperlukan oleh golongan yang bekerja di ruang sempit (vessel) dan ingin memperbaharui sijil kelayakan mereka selepas dua (2) tahun menceburi bidang confined space. Objektif kursus adalah mendedahkan peserta tentang hazad, prosedur dan tugas melakukan kerja dalam ruang terhad (vessel).

Kursus Refresher Authorized Gas Tester & Entry Supervisor
Kursus ini ditawarkan kepada AGT kompeten yang telah mencukupi tempoh selama dua (2) tahun berkhidmat dan ingin memperbaharui sijil kelayakan mereka. Objektif kursus adalah bertujuan mengekalkan prestasi AGT kompeten tentang hazab dalam ruang terhad, kaedah menguji dan menganalisis gas yang biasanya terdapat dalam ruang sempit (vessel).

Kursus Hazard Identification Risk Assesment & Risk Health (HIRARC)
Kursus ini bertujuan melatih peserta dalam membuat penilaian risiko, mengenalpasti ciri-ciri hazab di tempat kerja.

Kursus Control of Chemicals Hazardous to Health
Kursus ini bertujuan melatih peserta untuk memahami cara terbaik dalam mengendalikan bahan-bahan kimia serta mementingkan keselamatan & kesihatan mereka dan masyarakat di sekeliling.

Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Mr. Mohd Rozi Hassan
Director
Centre for continuing Education & Professioanl Development
Tel: 609-5492161
Fax:609-5499378
E-mail:rozi@ump.edu.my

Atau pergi ke Portal kami:
http://www.ump.edu.my/cenfed

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH

Latar Belakang Pusat

Pusat Pengajian Siswazah (PPS) Universiti Malaysia Pahang telah ditubuhkan pada bulan Mac 2004. Pada awal penubuhannya, pusat ini dikenali sebagai Unit Penyelidikan & Pengajian Siswazah (ORGS). Seramai 19 orang pelajar telah mendaftar sebagai kumpulan pelajar pertamadengan dua orang daripadanya terdiri daripada pelajar antarabangsa.

Pusat Pengajian Siswazah berfungsi untuk menawarkan program di peringkat Sarjana dan Doktoral. Pusat ini menyediakan program secara mod penyelidikan sejajar dengan hasrat universiti untuk melahirkan sarjana-sarjana yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengajian masing-masing.

Sehingga Semester 1 Sesi 2007/2008, Pusat Pengajian Siswazah mempunyai seramai 81 orang pelajar terdiri daripada 18 orang pelajar antarabangsa dan 63 orang pelajar tempatan.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada :
Pusat Pengajian Siswazah
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12
25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel: +609 - 549 2635 (Nor Ashikin) / 2578 (Rezita) / 2050 (Syarifah)
Faks: +609 -549 2662

Atau layari laman web kami :

Laman web: http://cgs.ump.edu.my
E-Mel: cgs@ump.edu.my

PUSAT BAHASA MODEN & SAINS KEMANUSIAAN (PBMSK)

Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK) ditubuhkan dengan objektif untuk membangunkan program akademik dalam aspek kemanusiaan yang terbukti berupaya membentuk graduan yang berdaya saing. Selain daripada itu, PBMSK juga menerajui usaha-usaha peningkatan kemahiran insaniah dan kemanusiaan di kalangan warga UMP dan mempunyai matlamat untuk menjadi sebuah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan, Perundingan dan Latihan dalam pembangunan serantau dan antarabangsa.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12
25000 Kuantan
PAHANG DARUL MAKMUR
Tel : +609 – 549 2466
Faks : +609 – 549 2144

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman portal Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan di http://cmlhs.ump.edu.my/index.cfm