[Bronsur]   [SENARAI PENYERTAAN TERKINI]

Pengenalan

PENGENALAN

Dalam meniti era pemodenan, terdapat banyak hasil ciptaan manusia yang canggih telah dihasilkan seperti kereta menggunakan tenaga solar, basikal menggunakan enjin, skuter bagi kegunaan orang kurang upaya dan pelbagai lagi ciptaan yang telah dihasilkan. Penghasilan ini adalah hasil kreativiti dan inovasi masyarakat Malaysia. Rakyat Malaysia mempunyai keupayaan mencetuskan idea dan menghasilkan produk yang inovatif sehingga ke peringkat antarabangsa. Sehubungan dengan itu, UMP bercadang untuk mencungkil bakat dan bertindak sebagai pemangkin untuk mencetuskan daya kreativiti dan inovasi masyarakat Malaysia. Dalam usaha untuk mencetuskan perkembangan idea dan membangunkan kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar dan mahasiswa, UMP telah menganjurkan pertandingan rekacipta dan inovasi UMP 2008 bersempena dengan Majlis Konvokesyen Ke-3 UMP bagi merealisasikan hasrat murni ini. Pertandingan ini merupakan acara utama dalam Expoconvo ’08 UMP.

OBJEKTIF

Antara objektif-objektif utama penganjuran pertandingan ini adalah seperti berikut:

  • Untuk menggalakkan penglibatan dari pelbagai seKtor dan agensi di dalam pameran dan pertandingan rekacipta.
  • Untuk mencungkil bakat dan menggalakkan budaya penyelidikan di kalangan masyarakat terutama di kalangan pelajar sekolah dan IPT.
  • Untuk mempamerkan pencapaian penyelidikan pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C) UMP .

 

Jawatankuasa

Jawatankuasa Pertandingan Rekacipta dan Inovasi UMP 2008

Pengerusi
En Abd. Rahman b. Hj. Safie

Naib Pengerusi
En Zainal Bahar

Setiausaha
En Abdul Rahman Ahmad

Penolong Setiausaha
En Mohd Khairulnazri Saidi

Ketua–ketua Petugas

Tempat & Aturcara
En Safwan Rizal Saripudin

Bahan Pameran
En Azinuddin Zulfahmi

Hadiah & Cenderamata
Pn Hazlina Faizal

Penajaan & Sijil
Pn Shakila Rasid

Logistic & Teknikal
En Aimi Ilmar Ramli

Penyertaan & Penghakiman
Cik Hairunnisa Osman
Tuan Shahirah Shazwani

Keselamatan
En Mohd Navi Yusof

Sajian
Pn Noraini Yusoff
Cik Norhanani Mohd Nor

Promosi & Sambutan
En. Ahmad Fadhli Hamzah
Pn. Wan Nor Suzieyati Wan Sembok
Cik Nor Rahizah bt. Abd Rahim

Kontraktor/ Event Manager
Cik Nur Rahaizam Abd Halim
Cik Wahida Hussin

 

 

 

Tentatif

22 OGOS 2008

2.00p.m - 6:00p.m
:
Pendaftaran Peserta Pertandingan

Rekacipta dan Inovasi UMP 2008

23 OGOS 2008

10:00a.m - 10: 00p.m
:
Pameran Pertandingan Rekacipta dan Inovasi UMP 2008
2:30p.m - 4:30p.m
:

Majlis Perasmian Expoconvo’08 yang disempurnakan oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang.

24 OGOS 2008

10:00a.m -
6: 00p.m
: Pameran Pertandingan Rekacipta dan Inovasi UMP 2008
2:30p.m -
4: 30p.m
:

Majlis Penutup Expoconvo’08 dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Rekacipta dan Inovasi UMP 2008 oleh MB Pahang, Dato’ Seri Haji Adnan b Haji Yaakob.

 

Info Pertandingan

Tarikh                   : 22-24 Ogos 2008
Masa                    : 10.00 pagi – 6.00 Petang
Tempat                 : Kuantan Parade, Kuantan

Yuran Pertandingan:

Peringkat IPT – RM10
Peringkat Sekolah – RM50

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Terbuka kepada semua Mahasiwa IPTA/IPTS dan Pelajar
Sekolah Menengah seluruh Malaysia

KONSEP PERTANDINGAN
Konsep berdasarkan tema pertandingan “design for life” dimana ia berkisar tentang rekacipta yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

PENDAFTARAN PERTANDINGAN
Borang Pendaftaran dan satu salinan brif rekacipta perlu dihantar kepada urusetia pertandingan pada atau sebelum 2 Jun 2008

HADIAH

Kategori IPTA/IPTS

Johan                      : Wang Tunai RM 4000.00 beserta sijil
Naib Johan             : Wang Tunai RM 3000.00  beserta sijil
Ketiga                    : Wang Tunai RM 2000.00 beserta sijil
8 Hadiah Saguhati : Wang Tunai RM 300.00 beserta sijil

Kategori Sekolah Menengah

Johan                      : Wang Tunai RM 3000.00 beserta sijil
Naib Johan             : Wang Tunai RM 2000.00 beserta sijil
Ketiga                     : Wang Tunai RM 1000.00 beserta sijil
8 Hadiah Saguhati : Wang Tunai RM 200.00 beserta sijil