Panduan Am
Para graduan dikehendaki membuat pendaftaran di Kaunter Urusetia Majlis Konvokesyen Ke 3 UMP di Dewan Menteri Besar pada 23 Ogos 2008 (Sabtu), mengikut masa dan sesi yang ditetapkan seperti berikut:
MASA PENDAFTARAN GRADUAN
Sesi |
Fakulti & Program Terlibat |
Masa Pendaftaran Graduan |
Sesi I
23 Ogos 2008
(Pagi) |
- FKKSA – Program Sarjana
- FKM – Program Sarjana Muda & Program Diploma
- FKASA – Program Sarjana Muda
- FSKKP – Program Sarjana Muda
|
07.15 pagi
hingga
07.45 pagi |
Sesi II
23 Ogos 2008
(Petang) |
- FKEE - Program Sarjana Muda & Program Diploma
- FKASA – Program Diploma
- FKKSA – Program Diploma
- FSKKP - Program Diploma
|
01.15 petang
hingga
01.45 petang |
Para graduan diingatkan supaya mematuhi masa untuk melaporkan diri. Kelewatan melapor diri akan menyebabkan graduan tidak dibenar menyertai majlis konvokesyen.
Kerjasama graduan, ibubapa dan tetamu amat diperlukan supaya TIDAK MEMBAWA masuk telefon bimbit, alat kelui, kamera serta perakam video ke dalam Dewan Konvokesyen.
Apabila tiba giliran di atas pentas , para graduan diminta berjalan terus kearah KDYTM Tuanku Canselor, tunduk sebagai tanda hormat, menerima album sijil dengan kedua belah tangan dan beri ucapan “JUNJUNG KASIH TUANKU CANSELOR” kepada KDYTM Tuanku Canselor.
Majlis konvokesyen akan disempurnakan oleh Tuanku Canselor, KDYTM Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
PERHATIAN : PARA GRADUAN TIDAK DIBENARKAN KELUAR DEWAN SEHINGGA SELESAI UPACARA KONVOKESYEN.
TETAMU GRADUAN / TEMPAT LETAK KENDERAAN GRADUAN/
IBUBAPA/TETAMU
Kad Jemputan ibubapa/ tetamu graduan
Setiap graduan akan diberi satu kad jemputan untuk dua (2) orang tetamu bagi menghadiri Majlis Konvokesyen. Para tetamu yang tidak membawa dan mempamerkan kad jemputan tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Ibubapa / tetamu graduan dikehendaki masuk ke dewan sebelum jam:
- Sesi Pagi – 08.00 pagi
- Sesi Petang – 02.00 petang
Tempat letak kenderaan graduan, ibu bapa/tetamu graduan
Sila patuhi arahan keselamatan daripada pegawai-pegawai keselamatan yang bertugas bagi melicinkan urusan letak kereta graduan/tetamu graduan / ibu bapa.
Pakaian Ibubapa/ Tetamu Graduan
Pakaian Lelaki
Pakaian rasmi / batik / kebangsaan, lengkap dan sopan.
ATAU
“Lounge Suit” lengkap bertali leher.
SELUAR JEANS DAN KEMEJA-T TANPA KOLAR TIDAK DIBENARKAN
Pakaian Wanita
Baju kurung / kebaya / kebangsaan yang lengkap dan sopan.
PAKAIAN “GAUN” ATAU “SKIRT”, “BLOUSE” TANPA LENGAN, KEMEJA-T DAN SELUAR JEANS TIDAK DIBENARKAN.
TETAMU GRADUAN ADALAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI PANDUAN BERPAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI MEMUDAHKAN URUSAN MASUK KE DEWAN KONVOKESYEN .
PENTING : KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR 12 TAHUN TIDAK DIBENARKAN MASUK KE DALAM DEWAN SEPANJANG MAJLIS KONVOKESYEN DIADAKAN.
Pakaian Graduan
Pakaian Graduan Lelaki |
Pakaian Graduan Perempuan |
Ph.D/Sarjana/Sarjana Muda
a) Set lengkap Jubah Akademik graduan (disediakan oleh pihak universiti),
b) Sepasang Baju Melayu berbutang lengkap berwarna gelap, bersongkok hitam, bersampin Songket Hitam, berkasut kulit gelap dan stokin hitam.
ATAU
c) Lounge Suit” (kot) berwarna gelap, berbaju kemeja berlengan panjang serta bertali leher, berkasut kulit gelap dan stokin hitam. |
a) Set Lengkap Jubah Akademik graduan (disediakan oleh pihak universiti)
b) Baju Kurung / Kebangsaan atau Kebaya. Sarung Kebaya hendaklah TANPA BELAH (Split) di tepi, tetapi boleh dengan lipatan (pleat) di bahagian hadapan.
c) Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian dan sopan.
d) Kasut/sepatu adalah jenis yang bertutup dan bertumit tidak melebihi 2 inci. |
Diploma
a) Set Lengkap Jubah Akademik graduan (disediakan oleh pihak universiti) b) Sepasang Baju Melayu berbutang lengkap berwarna gelap, bersongkok hitam, bersampin Songket Hitam, berkasut kulit gelap dan stokin hitam.
ATAU
c) Lounge Suit” (kot) berwarna gelap, berbaju kemeja berlengan panjang serta bertali leher, berkasut kulit gelap dan stokin hitam.
|
Perhatian :
Para graduan yang tidak mematuhi peraturan pakaian dan rupa diri yang ditetapkan, pihak jawatankuasa petugas khas/ urusetia konvokesyen mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan graduan menyertai Istiadat Konvokesyen