
Istiadat Konvokesyen adalah satu majlis pengiktirafan yang sangat bererti dan bermakna kepada para graduan. Justeru itu, kerjasama daripada semua graduan adalah diperlukan untuk menjadikan Istiadat Konvokesyen kali ini sebagai yang terbaik.
Bagi membantu para graduan menerima pengiktirafan di dalam suasana yang gilang gemilang, laman web ini bertujuan untuk memberi panduan kepada graduan mengenai perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang.
Dengan adanya laman web ini, ianya diharap dapat membantu para graduan semasa menghadirkan diri ke Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang. Kerjasama daripada para graduan akan menyumbang kepada kejayaan keseluruhan Istiadat Konvokesyen ini.