Menu Utama > Fakulti

FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA & SUMBER ASLI

Pengenalan

Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) mempunyai visi untuk menjadi pusat pengeluaran penyelidikan profesional berkemahiran tinggi didalam bidang kimia, boiteknologi dan kejuruteraan gas. Berdasarkan kepada panduan yang dicadangkan oleh EAC, kurikulum dan silibus kursus fakulti ini telah diformulasikan untuk memenuhi objektif seperti berikut:
-Untuk menghasilan jurutera dan profesional yang mahir di dalam bidang kejuruteraan kimia.
-Untuk mengeluarkan graduan dalam bidang kejuruteraan kimia yang mempunyai pengetahuan teknikal disamping mempunyai nilai-nilai insaniah dan kemahiran keusahawanan serta bertanggungjawab terhadap pencipta dan masyarakat.
-Untuk mengeluarkan graduan yang akan menyumbang kepada keamanan sejagat dan kemakmuran berasaskan applikasi ilmu dan moral terbilang.

Program-Program Akademik yang ditawarkan:
Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia
Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Teknologi Gas)
Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi)
Diploma Kejuruteraan Kimia (Loji Proses)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12
25000 Kuantan Pahang Darul Makmur
MALAYSIA
Tel : +609-549 2388
Fax : +609-549 2399

atau lawati laman portal FKKSA di http://fkksa.ump.edu.my/index.cfm

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK

Pengenalan

Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik merupakan antara fakulti yang paling awal ditubuhkan pada tahun 2002. Matlamat penubuhan fakulti ini ialah untuk melatih dan melahirkan pekerja profesional dan separa profesional yang berkemahiran tinggi. Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, fakulti telah mengambil pendekatan dimana kesemua program yang ditawarkan oleh fakulti adalah berasaskan gabungan antara kejuruteraan dan teknologi dengan mengintegrasikan gunaan dan kemahiran (applied and skills). Fakulti ini akan berperanan sebagai pemangkin kepada pembangunan industri serantau melalui program-program pemindahan teknologi, pertukaran staf, latihan dan bimbingan serta perkhidmatan lain yang berkaitan dengan tekologi kejuruteraan elektrik & elektronik.

Program-Program Akademik yang ditawarkan:

Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa)
Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Industri)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12
25000 Kuantan Pahang Darul Makmur
MALAYSIA
Tel : +609-549 2366
Fax : +609-549 2377

atau lawati laman portal FKEE di http://fkee.ump.edu.my/index.cfm

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Pengenalan

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) telah ditubuhkan pada tahun 2003. Objektif utama penubuhan fakulti ini adalah untuk memajukan bidang-bidang yang ditawarkan agar dapat mengendalikan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan perundingan dengan sempurna. Untuk mencapai objektif ini, kurikulum fakulti telah dibentuk untuk menghasilkan ahli teknologi yang mempunyai:
-Kepercayaan yang penuh kepada kebenaran Pencipta
-Bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara
-Sikap pemikiran yang memberikan pendapat dengan cara pilihan, membuktikan fakta dan menghasilkan kesimpulan logik serta menggunakannya dengan berkesan.

Program-Program Akademik yang ditawarkan:

Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kejuruteraan Pembuatan
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kejuruteraan Automotif
Diploma Kejuruteraan Mekanikal

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12
25000 Kuantan Pahang Darul Makmur
MALAYSIA
Tel : +609-549 2233
Fax : +609-549 2244

atau lawati laman portal FKM di http://fkm.ump.edu.my

FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM & SUMBER ALAM

Pengenalan

Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA) telah ditubuhkan pada bulan Mac 2002 dan telah beroperasi sepenugnya dengan pengambilan pelajar pada Sesi Julai 2003/2004. Secara umumnya, bidang Kejuruteraan Awam melibatkan applikasi prinsip asas saintifik dan teknologi terkini dalam melaksanakan proses perancangan, rekabentuk, pembinaan dan operasi penyediaan pelbagai kemudahan moden seperti bangunan, jalan raya, jambatan dan lain-lain. Ia juga memberi tumpuan kepada analisis, reka bentuk, dan pembangunan sistem kejuruteraan yang menjurus kepada pengawalan kualiti alam sekitar agar proses eksploitasi sumber alam yang dilakukan oleh manusia dapat menjamin dan mengekalkan keselesaan hidup manusia serta kestabilan alam sekitar. Bidang ini meliputi kejuruteraan air dan sumber air, hidrologi, air sisa, pencemaran air dan lain-lain lagi. Fakulti bertanggungjawab bagi menyediakan latihan seterusnya melahirkan jurutera profesional serta penolong jurutera yang memenuhi keperluan industri pembinaan.

Program-Program Akademik yang ditawarkan:

Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
Diploma Kejuruteraan Awam

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12
25000 Kuantan Pahang Darul Makmur
MALAYSIA
Tel : +609-549 2288
Fax : +609-549 2299

atau lawati laman portal FKASA di http://fka.ump.edu.my/index.cfm

FAKULTI SISTEM KOMPUTER & KEJURUTERAAAN PERISIAN

Pengenalan

Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) telah ditubuhkan pada 15 Februari 2002 dengan menawarkan dua program Ijazah Sarjana Muda dan satu program Diploma. Penubuhan fakulti ini adalah sejajar dengan Visi dan Misi Universiti dalam usaha untuk menghasilakan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan berdaya saing di dalam bidang Kejuruteraan Perisian dan Sistem Komputer & Rangkaian. Untuk memantapkan lagi kandungan pengajaran dan pembelajarannya, FSKKP telah menubuhkan empat kumpulan penyelidikan iaitu Rangkaian & Keselamatan Sistem Komputer, Grafik dan Pemprosesan Imej, Pengurusan Maklumat & Perlombongan Data, serta Simulasi dan Permodelan.

Program-Program Akademik yang ditawarkan:

Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)
Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Komputer & Rangkaian)
Diploma Sains Komputer

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12
25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur
MALAYSIA
Tel : +609-549 2133
Fax : +609-549 2144

atau lawati laman portal FSKKP di http://fskkp.ump.edu.my

FAKULTI KEJURUTERAAN PEMBUATAN & PENGURUSAN TEKNOLOGI

Pengenalan

Fakulti Kejuruteraan Pembuatan dan Pengurusan Teknologi (FKPPT) telah ditubuhkan pada tahun 2008 dengan matlamat untuk melatih dan melahirkan pekerja profesional yang berkebolehan. Dalam usaha untuk mencapai matlamat tersebut, fakulti menawarkan beberapa program akademik supaya pelajar yang menamatkan pengajian mempunyai antara lainnya: asas saintifik yang baik, kemahiran psikomotor, pemikiran kritis, nilai dan atitud profesional, kemahiran komunikasi, pengurusan maklumat, keusahawanan dan bertanggungjawab kepada masyarakat. Fakulti ini mempunyai dua jabatan iaitu: Jabatan Kejuruteraan Pembuatan dan Jabatan Pengurusan Teknologi.

Program-program akademik yang ditawarkan

Jabatan Kejuruteraan Pembuatan
Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik

Jabatan Pengurusan Teknologi
Sarjana Muda Keselamatan dan Keselamatan Pekerjaan
Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Industri
Sarjana Muda Pengurusan Projek

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Fakulti Kejuruteraan Pembuatan dan Pengurusan Teknologi
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12
25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur
MALAYSIA
Tel : +609-549 2166
Fax : +609-549 2167

FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI INDUSTRI