Menu Utama > Jabatan

PEJABAT NAIB CANSELOR

CANSELERI

Canseleri berfungsi secara khusus bagi menguruskan hal-ehwal Naib Canselor dan Universiti secara keseluruhannya.

Terdapat lima bahagian/unit telah diwujudkan di bawah Canseleri bagi memastikan semua urusan pentadbiran dan pengurusan universiti dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Bahagian/unit tersebut ialah:

-Pejabat Naib Canselor
-Bahagian Perhubungan Awam & Perkhidmatan Korporat
-Pusat Islam & Pembangunan Insan
-Unit Audit Dalam
-Unit Perundangan

PEJABAT NAIB CANSELOR

1) Menguruskan hal ehwal berkaitan Naib Canselor;.
2) Menyelaras urusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di UMP; dan
3) Menguruskan pentadbiran dan kewangan Pejabat Naib Canselor.

BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM & PERKHIDMATAN KORPORAT

Bahagian Perhubungan Awam & Perkhidmatan Korporat (BPAPK), Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) terbentuk hasil daripada penstrukturan semula organisasi Universiti pada pertengahan tahun 2006. BPAPK bermula sebagai Unit Komunikasi Korporat di bawah Pejabat Rektor Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM) pada tahun 2002.

Apabila fungsi utamanya semakin berkembang pada tahun 2003, unit ini telah ditukar nama kepada Unit Perkhidmatan Korporat. Fungsi utama unit ini pada ketika itu ialah menguruskan hal ehwal perhubungan awam, korporat, antarabangsa dan industri, penerbitan korporat dan pembangunan imej korporat Universiti. Selaras dengan penstrukturan semula organisasi Universiti pada tahun 2006 ia telah berkembang menjadi sebuah bahagian yang mengandungi empat buah unit iaitu:
1) Unit Perhubungan Awam & Media
2) Unit Penerbitan, Multimedia & Dokumentasi
3) Unit Pemasaran & Promosi
4) Unit Perhubungan Antarabangsa

BPAPK merupakan salah satu bahagian utama di Pejabat Naib Canselor UMP. Pada masa ini jumlah keseluruhan staf di BPAPK adalah seramai 14 orang yang diketuai oleh Penolong Pendaftar Kanan. Fungsi utama BPAPK ialah:
-Bertanggungjawab untuk mengurus dan mengawal selia saluran komunikasi serta maklumat Universiti sama ada di dalam atau di luar Universiti;
-Bertanggungjawab untuk merancang dan menguruskan majlis rasmi Universiti dan memberikan khidmat nasihat kepada warga Universiti mengenai urusan protokol, pengurusan majlis dan publisiti media;
-Bertanggungjawab dalam peningkatan citra/imej Universiti;
-Bertanggungjawab dalam semua urusan promosi dan pameran Universiti; dan
-Bertanggungjawab dalam urusan penerbitan Korporat Universiti.

Fungsi Unit Perhubungan Awam & Media

-Menguruskan hal ehwal komunikasi universiti dengan pihak media massa;
-Menguruskan majlis-majlis rasmi universiti; dan
-Menyediakan khidmat pengurusan protokol universiti dan juga dengan pihak luar.

Fungsi Unit Penerbitan, Multimedia & Dokumentasi

-Menerbitkan bahan-bahan penerbitan rasmi universiti seperti surat berita, laporan tahunan, diari, video korporat dan sebagainya;
-Membuat reka bentuk dan tata letak bahan-bahan penerbitan universiti seperti banner, backdrop, buku program, buku panduan, kad nama, letter head dan sebagainya mengikut aspirasi dan imej universiti;
-Bertanggungjawab dalam memastikan segala hal yang berkaitan dengan pentadbiran imej pentadbiran korporat UMP khususnya dalam aspek penerbitan, percetakan dan multimedia dapat dilaksanakan dengan lebih efisien, mengikut standard dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pengurusan UMP;
-Mendokumentasikan dan mengkatalog kesemua bahan-bahan penerbitan, foto, video, cd untuk rujukan dan simpanan di arkib universiti;
-Membuat liputan fotografi dan videografi setiap majlis universiti; dan
-Menguruskan sisten siaraya untuk majlis rasmi universiti.

Fungsi Unit Pemasaran & Promosi

-Menguruskan lawatan daripada agensi luar, sekolah, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di dalam negara;
-Menguruskan penyediaan dan perolehan cenderamata universiti; dan
-Menguruskan pameran dalam dan luar negara untuk tujuan mempromosikan universiti.

PUSAT ISLAM & PEMBANGUNAN INSAN

Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIPI), UMP telah diwujudkan pada 28 Februari 2007 yang sebelumnya dikenali sebagai Unit Hal Ehwal Islam. Perubahan dari unit kepada pusat bertujuan untuk meluaskan lagi skop kerja bahagian seiring dengan penubuhan UMP yang dahulunya dikenali dengan KUKTEM. Ia bertanggungjawab menjalankan program pembangunan insan di kalangan warga UMP selaras dengan matlamat melahirkan modal insan yang seimbang dari sudut mental, fizikal, emosi dan rohani. Aktiviti yang dilaksanakan adalah berbentuk latihan, bengkel, seminar, kursus, ceramah dan sebagainya yang menjurus kepada pemantapan kefahaman Islam serta nilai-nilai murni universal dan penghayatannya di dalam kehidupan seharian.

Matlamat Penubuhan

-Memberikan kefahaman Islam yang mendalam kepada warga UMP.
-Menanamkan nilai-nilai murni yang universal berasaskan ajaran Al-Quran dan Sunnah
-Membimbing dan mendidik warga UMP ke arah menghayati nilai-nilai teras UMP.
-Memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kepada warga UMP dan masyarakat sekeliling dari sudut pembinaan sahsiah.
-Menjelaskan kepada non-muslim tentang kebaikan dan keistimewaan Islam. 

Fungsi Utama

-Dakwah & Bimbingan Islam
-Khidmat Ibadah & Kebajikan
-Penerapan Nilai Teras
-Pembangunan Insan

Fungsi Utama Unit

1) Unit Hal Ehwal Islam (UHEI)
-Dakwah & Bimbingan Islam
-Khidmat Ibadah & Kebajikan

2) Unit Pembangunan Insan (UPEI)
-Penerapan Nilai Teras
-Pembangunan Insan

UNIT AUDIT DALAM

Unit ini bertanggungjawab sepenuhnya menjalankan audit kewangan dan pengurusan bagi:

-Menentukan kebolehpercayaan sistem kawalan dalaman;
-Mengkaji sistem audit sedia ada;
-Melaksanakan sistem pengurusan aset;
-Memastikan organisasi universiti dilaksanakan selaras dengan objektif; dan
-Mengemukakan laporan setiap suku tahun kepada Jawatankuasa Audit.

UNIT PERUNDANGAN

-Menasihati, menyelaras, menyedia dan mengubal dasar perundangan bagi UMP;
-Meneliti, menyedia dan memberi nasihat undang-undang berkenaan dengan apa jua perjanjian melibatkan Universiti dengan pihak ketiga yang lain;
-Menjadi urus setia bagi menyelaraskan tindakan undang-undang di UMP; dan
-Menyemak dan memperakukan dokumen-dokumen perundangan.

JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK & ANTARABANGSA

Pengenalan

Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa telah ditubuhkan pada tahun 2006 hasil daripada aktiviti penstrukturan semula UMP. Ia diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa dan mempunyai enam Pusat / Unit yang bernaung dibawahnya. Fungsi utama jabatan ini ialah memantau dan menyelaras proses pengajaran dan pembelajaran di UMP disamping memastikan kualiti silibus dan tenaga pengajar sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Setiap bahagian/unit/pusat mempunyai struktur dan peranan masing-masing yang saling berkait dan menyokong antara satu sama lain. Bahagian/Unit/Pusat tersebut adalah seperti berikut:
- Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
- Pusat Pengajian Siswazah
- Pusat Pembangunan Staf Akademik
- Pusat Perkhidmatan Akademik
- Unit Jaminan Kualiti Akademik
- Unit Antarabangsa

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Fungsi utama pejabat ini adalah untuk menguruskan hal-hal yang berkenaan dengan pentadbiran am dan kewangan (bajet) Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa. Pejabat ini juga bertanggungjawab untuk menyediakan laporan-laporan dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pengurusan akademik mengikut keperluan Pengurusan Tertinggi Universiti, Lembaga Pengarah dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada :
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12
25000 Kuantan
PAHANG DARUL MAKMUR
Tel : +609 – 549 2603
Faks : +609 – 549 2616

Pusat Pengajian Siswazah

Pusat Pengajian Siswazah (PPS) menwarkan peluang pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Doktoral. Pada ketika ini, PPS menawarkan 17 program diperingkat Ijazah Sarjana dan 13 program diperingkat Doktoral. Semua program ini ditawarkan secara sepenuh masa dan separuh masa serta dijalankan dalam mod penyelidikan.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada :
Pusat Pengajian Siswazah
Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12
25000 Kuantan
PAHANG DARUL MAKMUR
Tel : +609 – 549 2578
Faks : +609 – 549 2662

Pusat Pembangunan Staf Akademik

Objektif utama penubuhan Pusat Pembangunan Staf Akademik adalah untuk meningkatkan kemahiran mengajar staf akademik melalui pemantauan dan bimbingan yang berteruan yang akan menghasilkan proses pembelajaran yang cemerlang. Selain daripada itu, pusat ini juga bertanggungjawab memastikan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih sistematik dan berkesan melalui pendekatan ‘Student Centred Learning’ untuk menghasilakn graduan yang berkualiti selaras dengan Visi dan Misi UMP.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada :
Pusat Pembangunan Staf Akademik
Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12
25000 Kuantan
PAHANG DARUL MAKMUR
Tel : +609 – 549 2577
Faks : +609 – 549 2089
Portal : http://asdc.ump.edu.my/index.cfm

Pusat Perkhidmatan Akademik

Pusat Perkhidmatan Akademik telah ditubuhkan pada tahun 2007 bertujuan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan urusan yang berkaitan dengan Latihan Industri pelajar, penilaian Kemahiran Insaniah, Ko-Kurikulum, Penasihatan Akademik dan Program Sains. Adalah menjadi matlamat utama pusat ini untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar agar mereka dapat menimba ilmu dan pengalaman yang berguna sepanjang berada di Universiti ini.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada :
Pusat Perkhidmatan Akademik
Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12
25000 Kuantan
PAHANG DARUL MAKMUR
Tel : +609 – 549 2624
Faks : +609 – 549 2525
Portal : http://ppa.ump.edu.my

Unit Jaminan Kualiti Akademik

Unit Jaminan Kualiti Akademik berperanan untuk memastikan semua program yang ditawarkan di UMP, terutamanya program-program prasiswazah, mendapat pengiktirafan daripada agensi dan badan yang berkaitan.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada :
Unit Jaminan Kualiti Akademik
Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12
25000 Kuantan
PAHANG DARUL MAKMUR
Tel : +609 – 549 2081
Faks : +609 – 549 2662

Unit Antarabangsa

Unit yang baru ditubuhkan pada penghujung tahun 2007 ini mempunyai peranan untuk menguruskan program-program yang melibatkan pertukaran pelajar ke luar negara serta daripada luar negera ke UMP. Selian daripada itu, unit ini juga mempunyai peranan untuk memastikan program-program pengajian di UMP mendapat pengiktirafan daripada badan dan agensi antarabangsa yang berkaitan.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada :
Unit Antarabangsa
Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12
25000 Kuantan
PAHANG DARUL MAKMUR
Tel : +609 – 549 2637
Faks : +609 – 549 2525

JABATAN PENYELIDIKAN & INOVASI

Pengenalan

Aktiviti Penyelidikan & Inovasi di UMP adalah dibawah tanggungjawab Jabatan Penyelidikan & Inovasi. Jabatan ini, yang ditubuhkan pada tahun 2007, diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi). Pusat/Unit yang berada dibawah jabatan ini adalah:

- Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
- Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)
- Pusat Pengajian Berterusan & Pengajian Profesional (CENFED)
- Pusat Hubungan Universiti-Industri (UIC)

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

Pejabat Timbalan naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) bertanggungjawab untuk mengembangkan penyelidikan UMP melalui aktiviti-aktiviti promosi dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan harta intelek Universiti. Pejabat ini menganjurkan pameran penyelidikan disamping menguruskan penyertaan UMP ke pelbagai pameran dan pertandingan penyelidikan serta inovasi di peringkat nasional dan antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Tingkat 1, Anjung Selatan
Kompleks Pentadbiran Utama
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12, 25000
Kuantan, Pahang,
Malaysia
Tel :609-5492601
Faks: 609-5492424
E-mail: ashukur@ump.edu.my

Pusat Pengajian Berterusan & Pengajian Profesional (CENFED)

Ditubuhkan pada tahun 2004, Pusat Pengajian Berterusan & Pengajian Profesional dahulunya dikenali sebagai Pusat Pembangunan Kemahiran. Fungsi asalnya adalah untuk menyelia sistem pembangunan kemahiran untuk pelajar UMP. Setelah melalui proses penstrukturan semula, CENFED telah diberikan tugasan yang baru iaitu untuk menguruskan pembangunan sumber manusia dikalangan masyarakat setempat.

CENFED bertanggungjawab membangunkan serta menawarkan program-program pembelajaran lanjutan serta pembangunan profesional kepada orang awam terutamanya mereka yang telah bekerja. Fungsi pusat ini juga telah dikembangkan merangkumi pembangunan dan penyelarasan program-program latihan semula, program-program pengajian berterusan, program-program pembangunan kemahiran serta program-program pembangunan profesional di UMP. Kebanyakan program yang ditawarkan adalah bertujuan untuk menyediakan peluang pendidikan lanjutan dan berterusan kepada masyarakat setempat dan industri-industri yang berdekatan.

CENFED juga menawarkan program-program yang yang diperakui oleh badan-badan yang berkaitan seperti Jabatan Keselamatan & Kesihatan Malaysia (DOSH) dan Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaaan Kebangsaan (NIOSH) serta program-program yang diolah mengikut keperluan pelanggan.

CENFED adalah penyedia latihan (training provider) yang telah diiktiraf oleh badan-badan berikut:

- Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)
- Jabatan Keselamatan & Kesihatan Malaysia (DOSH)
- Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)
- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
- Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pengarah
Pusat Pengajian Berterusan & Pengajian Profesional (CENFED)
Tingkat 1, Anjung Selatan
Kompleks Pentadbiran Utama
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12, 25000
Kuantan,Pahang,
Malaysia
Tel :609-5492161
Faks: 609-5499378
E-mail: rozi@ump.edu.my
Laman Web : http://www.ump.edu.my/cenfed

Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)

Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) Universiti Malaysia Pahang telah ditubuhkan pada tahun 2005 bertujuan untuk memperkasakan keupayaan penyelidikan & pembangunan (R&D) UMP bagi menghadapi perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Pusat ini mengawal selia semua aktiviti R&D di Universiti ini dan memainkan peranan yang penting dalam memastikan semua penyelidikan yang dijalankan di UMP mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti. Disamping itu, RMC juga bertanggungjawab menguruskan penerbitan ilmiah UMP.

Diketuai oleh seorang pengarah, RMC terbahagi kepada dua unit:

UNIT GERAN PENYELIDIKAN
Unit Geran Penyelidikan bertanggungjawab untuk memperkembangkan peluang serta kemudahan penyelidikan melalui penyebaran maklumat berkenaan dengan permohonan geran, penyediaan borang permohonan, penyebaran maklumat tentang geran penyelidikan yang berjaya diperolehi serta bertindak sebagai sekretariat yang menghubungkan penyelidik di UMP dengan badan atau agensi yang menawarkan geran-geran penyelidikan. Unit ini juga bertanggungjawab menyelia aktiviti-aktiviti akaun geran penyelidikan termasuklah perolehan peralatan dan perbelanjaan-perbelanjaan lain yang berkaitan. Disamping itu, pemantauan status projek penyelidikan dan perlantikan pembantu-pembantu penyelidik juga adalah dibawah tanggungjawab unit ini.

UNIT PENERBITAN ILMIAH
Unit Penerbitan Ilmiah RMC bertanggungjawab untuk menguruskan semua penerbitan ilmiah di UMP. Unit ini akan memastikan penerbitan ilmiah Universiti yang dihasilkan dapat mempromosikan bidang-bidang pendidikan yang berkaitan disamping menjana kefahaman dan memperkayakan ilmu dikalangan masyarakat. Ia juga menggalakkan staf UMP (akademik & profesional) untuk menghasilkan penerbitan ilmiah yang berkualiti tinggi didalam bidang kepakaran masing-masing dan memastikan penerbitan tersebut dapat disebarkan bukan sahaja kepada warga UMP tetapi juga masyarakat.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pengarah
Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)
Tingkat 1, Anjung Selatan
Kompleks Pentadbiran Utama
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12, 25000
Kuantan,Pahang,
Malaysia
Tel :609-5492395
Faks: 609-5499378
E-mail: jailani@ump.edu.my
Laman Web : http://rmc.ump.edu.my

Pusat Hubungan Universiti Industri

Pusat Hubungan Universiti Industri Universiti Malaysia Pahang telah ditubuhkan pada tahun 2006. Objektif penubuhan pusat ini ialah untuk mempertingkatkan hubungan dan perkongsian antara UMP dan industri. Pusat ini menguruskan secara sistematik berkesan hubungan Universiti dengan industri dalam bidang konsultansi, pengkomersilan, keusahawanan dan perkhidmatan teknikal.

UIC mensasarkan untuk menjadi sebuah pusat setempat (one stop centre) yang menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dalam konsultansi dan pergkomersilan penyelidikan Universiti. Bagi tujuan tersebut, UIC menekankan kepada fungsi utama pusat tersebut iaitu untuk membina hubungan yang kukuh antara Universiti dan industri yang berkaitan dalam bidang penyelidikan, pembangunan serta pengkomersilan (R&D&C).

UIC membantu Universiti menjana pendapatan melalui aktiviti konsultansi dan perkhidmatan teknikal serta menyediakan infrastruktur asas untuk pembangunan Taman Teknologi Industri di UMP dengan mewujudkan pusat inkubator. Pusat ini juga memastikan penyebaran maklumat yang berkaitan untuk membantu pemindahan teknologi daripada industri ke Universiti dengan mewujudkan pengkalan data yang merangkumi maklumat mengenai industri, pakar-pakar dan bidang-bidang kepakaran yang berkaitan. Pengkalan data ini dapat digunakan sebagai rujukan oleh penyelidik dan usahawan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pengarah
Pusat Universiti Industri (UIC)
Tingkat 1, Anjung Selatan
Kompleks Pentadbiran Utama
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12, 25000
Kuantan,Pahang,
Malaysia
Tel :609-5492027
Faks: 609-5499378
E-mail: mnonawi@ump.edu.my
Laman Web : http://uic.ump.edu.my

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI

Latar Belakang Jabatan

Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) berperanan menjadi sebuah organisasi yang membangunkan mahasiswa dan melahirkan graduan yang seimbang dari aspek akademik, rohani, emosi, jasmani dan intelek.

JHEPA terdiri daripada beberapa komponen unit iaitu;

-Unit Pengurusan Aktiviti
-Unit Sukan & Rekreasi
-Unit Keusahawanan
-Unit Integriti & Kepimpinan
-Unit Kesenian & Kebudayaan
-Unit Tadbir Am

Selain itu, terdapat unit di bawah JHEPA yang berfungsi untuk menawarkan kemudahan kebajikan kepada pelajar iaitu;

-Unit Kaunseling Kerjaya & Alumni
-Unit Kebajikan & Kewangan
-Unit Kesihatan
-Kompleks Kediaman Pelajar

JHEPA menjalinkan kerjasama yang erat dengan pelajar melalui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan badan-badan pelajar di UMP.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12
25000 Kuantan
PAHANG DARUL MAKMUR
Tel : +609 – 549 2545 (Pn Normadinah Kamaruddin)
Faks : +609 – 549 2535

Atau layari portal kami:
http://jhepa.ump.edu.my

JABATAN PENDAFTAR

1) Bahagian Pentadbiran
-Unit Pentadbiran Am
-Unit Pengurusan Organisasi
-Unit Sistem Maklumat

2) Bahagian Sumber Manusia
-Unit Penjawatan
-Unit Perkhidmatan
-Unit Latihan & Cuti Belajar
-Unit Kompetensi dan Insaniah

3) Bahagian Pengurusan Akademik
-Unit Pengambilan Pelajar
-Unit Pentadbiran Akademik
-Unit Peperiksaan

4) Bahagian Keselamatan
-Unit Pentadbiran
-Unit Operasi

Universiti Malaysia Pahang mempunyai seramai 924 staf. Berikut adalah jadual jumlah staf mengikut jawatan:

BIL JAWATAN JUMLAH
1 PENGURUSAN TERTINGGI 5
2 AKADEMIK 391
3 BUKAN AKADEMIK 528
  JUMLAH *924

Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi:

Jabatan Pendaftar
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
25000 Kuantan
Tel: 09-5492512/ 2522/ 2523/ 2524

Atau layari portal kami:
http://registar.ump.edu.my

JABATAN BENDAHARI


Jabatan Bendahari diwujudkan selaras dengan penubuhan Universiti Malaysia Pahang yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran dan pengurusan kewangan Universiti. Fungsi utama distrukturkan seperti berikut:

1. Bahagian Pentadbiran
2. Bahagian Belanjawan, Gaji dan Pinjaman
3. Bahagian Perolehan & Aset
4. Bahagian Pembayaran
5. Bahagian Penerimaan & Kewangan Pelajar
6. Bahagian Akaun & Pelaburan
7. Bahagian Penerangan & Stor Pusat
8. Bahagian Perancangan Dasar & Polisi


Semua bahagian-bahagian di atas mempunyai fungsi yang berbeza bagi memenuhi peranan Jabatan Bendahari seperti berikut:

1. Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kewangan kepada pihak-pihak berkepentingan.
2. Bertanggungjawab memastikan pengurusan kewangan universiti dilaksanakan dengan cekap dan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.
3. Bertanggungjawab ke atas semua rekod-rekod dan laporan kewangan Universiti .
4. Bertanggungjawab memastikan kedudukan kewangan Universiti sentiasa terkawal.



Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan mengenai Jabatan Bendahari bolehlah diajukan kepada:

Jabatan Bendahari
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12
25000 Kuantan
PAHANG DARUL MAKMUR
Tel : +609 - 549 2055 (Cik Nur Sufiah binti Jamaludin)
Faks : +609 - 549 2066
Laman Web : http://bursary.ump.edu.my

PERPUSTAKAAN

- Bahagian Perkhidmatan Maklumat
- Bahagian Pengurusan Maklumat
- Bahagian Pengurusan Ilmu
- Unit Pentadbiran

Objektif

-Membangunkan koleksi perpustakaan yang berkualiti bertepatan dengan keperluan akademik semasa
-Menyediakan perkhidmatan maklumat yang lengkap dan terkini dalam suasana yang kondusif
-Memaksimumkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan dan perkhidmatan
-Melaksana dan menyelaras program pengurusan ilmu bagi organisasi
-Menjalinkan kerjasama yang aktif dengan organisasi luar

Visi

Menjadi sebuah perpustakaan universiti teknikal bertaraf dunia berkonsepkan pengurusan ilmu.

Misi

Mewujudkan budaya perkongsian ilmu melalui aplikasi teknologi terkini secara kreatif dan inovatif dalam menyokong program pendidikan, pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perundingan ke arah organisasi pembelajaran.

Perkhidmatan & Kemudahan

-Peminjaman dan Pemulangan
-Pembaharuan Bahan
-Tempahan Bahan
-Buku Elektronik
-Jurnal Elektronik
-Pangkalan Data Atas Talian
-Pinjaman antara Perpustakaan
-Perkhidmatan Penasihat Pembaca
-Pengurusan Ilmu
    a. Knowledge Bank
    b. Knowledge Portal
    c. Files bank
    d. Program-program Pengurusan Ilmu
-Bilik Media
-BiliK Perbincangan
-Makmal Komputer
-Wireless
-OPAC Workstation
-Karel
-Bilik Mesyuarat
-Loker
-Fotokopi
-Tayangan ASTRO

Atau layari portal kami:
http://umplib.ump.edu.my

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

Latar Belakang Jabatan

Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (PTMK) pada peringkat awal penubuhannya pada tahun 2003 dikenali hanya sebagai Pusat Teknologi maklumat. Namun begitu, pada tahun 2006, selaras dengan objektif PTMK sebagai pusat yang menyokong seluruh aktiviti kerja universiti dalam menyediakan prasarana ICT, rangkaian, telekomunikasi, peralatan dan perkakasan yang kondusif untuk warga universiti maka wujudlah Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (PTMK).

Berikut adalah bahagian-bahagian utama di PTMK :
1. Bahagian Aplikasi & Pembangunan Sistem
2. Bahagian Rangkaian & Telekomunikasi
3. Bahagian Server & Baikpulih
4. Bahagian Khidmat Pelanggan
5. Bahagian Kemahiran ICT & Multimedia

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada :
Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12
25000 Kuantan
PAHANG DARUL MAKMUR
Tel : +609 – 549 2177 (Cik Noorfazlina Jusoh)
Faks : +609 – 549 2199

Atau layari portal kami:
http://ict.ump.edu.my

JABATAN PEMBANGUNAN & PENGURUSAN HARTA

Latar Belakang Jabatan

Jabatan Pembangunan & Pengurusan Harta (JPPH) adalah merupakan sebuah jabatan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja pembangunan, penyelenggaraan bangunan dan kemudahan serta pengurusan harta benda Universiti termasuk kenderaan Universiti. Pada peringkat awal penubuhan KUKTEM (sekarang ini dikenali sebagai Universiti Malaysia Pahang) pada tahun 2002, JPPH telah beroperasi pada skala yang kecil dengan fungsinya dijalankan oleh Unit Teknikal & Unit Kenderaan. Kedua-dua unit ini telah melaksanakan semua cabang peranan yang meliputi kerja-kerja awam, elektrik, mekanikal, pengurusan harta & logistik universiti.

Sejajar dengan perkembangan pertambahan bilangan staf dan pembesaran fizikal UMP serta memantapkan lagi struktur organisasinya ke arah pengurusan pembangunan & pengurusan harta yang lebih mampan, maka tiga (3) bahagian utama telah diwujudkan iaitu:
-Bahagian Pembangunan & Rekabentuk
-Bahagian Penyelenggaraan
-Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Harta

Setiap bahagian tersebut telah diketuai oleh seorang Jurutera/Penolong Pendaftar serta disokong oleh beberapa staf sokongan teknikal dan pentadbiran

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan mengenai JPPH bolehlah diajukan kepada;
Jabatan Pembangunan & Pengurusan Harta
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12
25000 Kuantan
PAHANG DARUL MAKMUR
Tel : +609 – 549 2488 (Puan Fatimah bt Deris)
Faks : +609 – 549 2499
Laman Web : http://jpph.ump.edu.my

PUSAT PEMBANGUNAN KORPORAT & PENGURUSAN KUALITI

-Bahagian Pembangunan Korporat
-Bahagian Pengurusan Kualiti

Pengenalan Jabatan

Pusat Pembangunan Korporat dan Pengurusan Kualiti (PPKPK) pada peringkat awal penubuhannya pada Ogos 2002 dikenali sebagai Unit Kualiti dan bertanggungjawab kepada Rektor. Walau bagaimanapun, bermula dari bulan Jun 2005 hingga Disember 2006, unit ini telah diletakkan di bawah Pejabat Pendaftar tetapi fungsi-fungsi asasnya masih tidak berubah.

Namun begitu, pada Januari 2007, unit ini telah berkembang menjadi sebuah Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan dikenali sebagai Pusat Pembangunan Korporat dan Pengurusan Kualiti (PPKPK) berasaskan cadangan Jawatankuasa Pemurnian Carta Organisasi. Kenyataan Misi dan Moto PPKPK adalah seperti di bawah.
a) Misi
Membantu merealisasikan wawasan UMP melalui pelaksanaan inisiatif pembangunan korporat dan pengurusan kualiti.
b) Moto
“Bijaksana mendorong kegemilangan”

Antara objektif penubuhan PPKPK adalah seperti berikut:-
-Merangka inisiatif strategik peringkat universiti untuk kelulusan Pengurusan Tertinggi dan menyelaraskan pelaksanaan inisiatif tersebut
-Mendorong inisiatif mewujudkan budaya, proses dan hasil kerja berkualiti di universiti
-Mengamalkan pendekatan kerja yang progresif, kompetitif dan produktif

Perkhidmatan yang ditawarkan

Pembangunan Korporat

a) Merangka Pelan Perancangan Strategik dan Pelan Tahunan UMP.
-Pelan Strategik dan pelan Tindakan UMP
-Pelan Tahunan UMP

b) Memantau pencapaian Pelan Perancangan Strategik dan Pelan Tahunan UMP.

c) Mencadangkan dan melaksanakan inisiatif strategik peringkat universiti
-Pendekatan Balance Score Card (BSC) / KPI
-Pembudayaan MPK / FM di PTJ-PTJ
-Penganjuran seminar /program yang berkaitan dengan pembangunan korporat universiti

Pengurusan Kualiti

a) Merancang dan melaksanakan aktiviti meningkatkan budaya, amalan dan hasil kerja berkualiti di UMP
-Amalan 5S
-Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

b) Menguruskan pelaksanaan sistem kualiti UMP
-Perlaksanaan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001 : 2000 (Latihan Luaran), MS ISO 9001 : 2000 (Pengajaran dan Pembelajaran), MS ISO / IEC 17025 Sistem Pengurusan Kualiti Makmal.

c) Memantau dimensi kualiti dalam operasi universiti
-Pembudayaaan TQM / TQO di UMP

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan mengenai Pusat Pembangunan Korporat dan Pengurusan Kualiti boleh diajukan kepada;
Pusat Pembangunan Korporat dan Pengurusan Kualiti
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12
25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel :+609 – 549 2029
Faks :+609 – 549 2622

Atau layari portal kami:
http://quality.ump.edu.my