-A A +A

Frequently Asked Questions


Universiti Malaysia Pahang (UMP) adalah sebuah universiti teknikal yang ditubuhkan pada tahun 2002. UMP menawarkan pelbagai program teknikal berteraskan Kejuruteraan dan Teknologi. Dalam bidang penyelidikan pula, universiti memberi tumpuan kepada penyelidikan gunaan dan projek-projek industri dengan industri setempat bagi memperkayakan pengajaran dan pembelajaran di samping mempromosikan aktiviti-aktiviti pengkomersialan produk penyelidikan.
 

UMP Pekan

Kampus tetap UMP kini telah mula beroperasi di Kuala Pahang, Pekan pada 27 Julai 2009. Pada masa ini, UMP Pekan menempatkan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) dan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP). Kampus seluas 642 ekar ini boleh menampung sehingga 10 ribu orang pelajar dan dua ribu orang staf.

UMP Kampus Gambang

UMP beroperasi di kampus yang terletak di Gambang, Kuantan. Kampus yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuantan ini mempunyai keluasan 65 ribu meter persegi yang kini menempatkan tujuh ribu orang pelajar. UMP Kampus Gambang terletak di lokasi strategik berhampiran dengan Lebuh Raya Pantai Timur, zon perindustrian kimia, petrokimia, pembuatan, automotif dan juga bioteknologi bagi negeri Pahang Darul Makmur.

Kampus UMP di UMP Pekan dan UMP Kampus Gambang telah diubah suai bagi menjadi sebuah pusat pengajian yang serba lengkap. Pihak universiti menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang bersesuaian kepada pelajar dan staf. Adalah menjadi matlamat UMP untuk memastikan bahawa para pelajarnya dapat melanjutkan pengajian mereka dalam persekitaran yang kondusif dan meninggalkan pengalaman yang positif.

Asrama

UMP menyediakan kemudahan asrama di UMP Pekan dan UMP Kampus Gambang. Di UMP, setiap asrama dikenali sebagai ‘kolej kediaman’. Setiap kolej kediaman dilengkapi perabot dan kemudahan asas lain. Terdapat tujuh buah kolej kediaman di UMP Pekan dan UMP Kampus Gambang iaitu:

  • UMP Pekan: Kolej Kediaman 5, Kolej Kediaman 512 dan UMP@City.
  • UMP Kampus Gambang: Kolej Kediaman 1, Kolej Kediaman 2, Kolej Kediaman 3, dan Kolej Kediaman 4.

Kafeteria

Kafeteria UMP menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk semua warga kampus. Terdapat tiga buah kafeteria di UMP Pekan dan lima buah kafeteria di UMP Kampus Gambang.

Pusat Aktiviti Pelajar

Pusat Aktiviti Pelajar diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) bagi menyediakan ruang berinteraksi dalam kalangan ahli-ahli kelab, persatuan dan Perwakilan Pelajar. Terdapat sebuah Pusat Aktiviti Pelajar di UMP Pekan dan dua buah Pusat Aktiviti Pelajar di UMP Kampus Gambang. Selain itu, Pusat Aktiviti Pelajar turut menyediakan mesin ATM.

Tempat Riadah/Kemudahan Bersukan

  • Mini Stadium
  • Gelanggang Skuasy
  • Kompleks Sukan
  • Meja Ping Pong
  • Gimnasium
  • Gelanggang Badminton
  • Padang Bola Sepak
  • Gelanggang Tenis
  • Gelanggang Bola Tampar
  • Gelanggang Sepak Takraw
  • Gelanggang Bola Jaring dan Bola Keranjang
  • Di sekitar tasik UMP Pekan boleh dijalankan pelbagai aktiviti sukan air seperti speed boat dan berkayak.

Kemudahan Pengangkutan

- Bas Rapid Kuantan menyediakan kad MyRapid yang melayakkan pelajar menikmati 10 peratus diskaun daripada harga sebenar. Laluan 402 adalah laluan yang menghubungkan antara hentian Bandar Kuantan – Ubai – Kampung Sungai Soi – Tanjung Selangor – Cherok Paloh - UMP
- Bas UMP.

Kompleks Sukan

Kompleks Sukan dapat memuatkan lima ribu orang pada satu-satu masa yang menempatkan gelanggang bola tampar, bola jaring, sepak takraw dan bola keranjang. Kompleks Sukan juga digunakan untuk Majlis Konvokesyen, majlis-majlis rasmi universiti dan dewan peperiksaan. Kompleks ini mempunyai ruang lobi yang luas, dewan jamuan dan bilik VVIP.

Kompleks Sukan UMP juga bertaraf dunia. Sport flooring yang menepati piawaian antarabangsa dan keluasan lantai terbesar daripada institusi pengajian (IPT) lain di Malaysia yang boleh memuatkan 12 gelanggang badminton.

Masjid UMP

Masjid UMP merupakan pusat perkhidmatan kerohanian dan aktiviti keagamaan kepada mahasiswa dan staf. Proses pendidikan kerohanian diserapkan melalui pelbagai aktiviti seperti kelas pengajian al-Quran, majlis berbuka puasa, kuliah selepas solat Zuhur dan Maghrib, seminar, forum, bengkel, dan penyebaran risalah dari semasa ke semasa. Semua program dikelola oleh Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN). Masjid dilengkapi dengan peralatan LCD untuk paparan visual dan terjemahan teks, ruang wuduk, bilik bacaan dan dewan solat utama.

Koperasi

Terdapat sebuah koperasi di UMP Pekan dan UMP Kampus Gambang yang menyediakan kemudahan kepada pelajar dan staf. Koperasi UMP Kampus Gambang turut dilengkapi dengan Pejabat Pos Mini.

Pusat Kesihatan Universiti

Pusat Kesihatan Pelajar beroperasi di UMP Pekan dan UMP Kampus Gambang yang bertujuan memberi perkhidmatan perubatan kepada warga UMP. Pusat Kesihatan Pelajar menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga UMP, bagi memastikan tahap kesihatan berada pada tahap yang memuaskan supaya para pelajar dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajian dengan lebih efektif dan cemerlang. Pusat Kesihatan Pelajar dikendalikan oleh pegawai perubatan dan paramedik yang profesional bagi memastikan perkhidmatan yang diberi adalah yang terbaik dan selamat.

Capaian Internet

UMP dilengkapi dengan kemudahan internet tanpa wayar (wireless) yang membolehkan pelajar dan staf mengakses internet di beberapa lokasi-lokasi yang strategik di sekitar kawasan kampus dengan menggunakan komputer riba mereka. Kemudahan yang disediakan memberikan kelebihan kepada warga UMP dan membolehkan mereka mendapatkan maklumat dengan pantas dan efisien. Kemudahan Sistem e-Community di dalam kampus turut disediakan bagi kemudahan warga UMP. Selain itu, UMP merupakan pengguna bandwidth di TM Hotzone terbesar di Pantai Timur.

Perpustakaan

UMP mempunyai dua buah perpustakaan terletak di UMP Pekan dan UMP Kampus Gambang. Sehingga kini, Perpustakaan mempunyai 114,451 judul bahan bercetak  dan elektronik, 3,314,135 juta bahan atas talian dengan 15 pangkalan data yang dilanggan. Bahan tersebut meliputi bidang Kejuruteraan Mekanikal, Elektrik, Kejuruteraan Awam, Pembuatan, Sains serta Sistem dan Perisian Komputer. Walaupun UMP merupakan universiti teknikal tetapi bagi melahirkan graduan yang kompeten dan berpengetahuan menyeluruh, bahan-bahan dalam bidang pendidikan, keusahawanan, keagamaan dan bacaan umum lain juga disediakan. Dengan Sistem Virtua (VTLS) pengguna boleh mendapatkan maklumat asas bahan-bahan yang terdapat di dalam perpustakaan.

Antara perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan adalah:

  • Pinjaman di antara Perpustakaan
  • Pinjaman di antara Sirkulasi
  • Pinjaman di antara Rujukan
  • Penasihat Pengguna
  • Program Pendidikan Pengguna
  • Keahlian Perpustakaan
  • Fotokopi & Cetakan
  • Stesen Digital: E-Magazine
  • Digital Station: E-Newspaper

UMP ditubuhkan bagi menerajui pembangunan modal insan dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi. Bagi mencapai tujuan ini, empat produk teras telah ditetapkan iaitu pengetahuan teknikal, kemahiran teknikal, soft skills, dan kemahiran keusahawanan. Nisbah teori berbanding kemahiran praktikal yang ditawarkan di universiti ini ialah 60:40. Selain latihan industri, para pelajar didedahkan juga cara menggunakan alat simulasi dan alat bantuan mengajar. Konsep praktis ini diperlukan lagi dengan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar (student centered learning).

UMP menawarkan pelbagai program pengajian kejuruteraan dan teknikal yang berkualiti dan diiktiraf pada peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Lanjutan. Kursus-kursus yang ditawarkan dapat dilihat pada menu ‘Prasiswazah’, ‘Prasiswazah Antarabangsa’ dan ‘Pascasiswazah’.

Antara program ditawarkan di UMP adalah Program Dwi Ijazah iaitu hasil kerjasama dengan universiti di Jerman, Hochscule Karlsruhe Und Wirtschaft (HsKA); pemangkin bagi Program Dwi Ijazah dalam Kejuruteraan Perniagaan iaitu Kerjasama dengan Reutlingen Universiti (RU), Jerman bagi mengembangkan Kejuruteraan Perniagaan di Malaysia; Program Teknologi Kejuruteraan dalam bidang Elektrik, Tenaga dan Persekitaran dengan Northern Illinois University (NIU), Amerika Syarikat; serta Program Teknologi Kejuruteraan Farmaseutikal dan Program Teknologi bagi Kejuruteraan Pengurusan Infrastruktur.

Secara amnya, semua hal ehwal pelajar diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni. Bahagian pengambilan pelajar pula diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), Jabatan Pendaftar termasuk menyediakan Kad Pelajar, hal-hal permohonan, berhenti, tangguh pengajian dan pertukaran kursus.

Ya. UMP menyediakan perkhidmatan sewaan kemudahan untuk kegunaan kursus, majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi. Antara kemudahan itu adalah Kompleks Sukan, Dewan Astaka, Dewan Tun Fatimah, dan Dewan Tun Teja. Untuk maklumat berkaitan perkhidmatan sewaan, boleh layari laman sesawang UMP Holding, http://www.umph.com.my/portal/

UMP Holdings Sdn.Bhd
Lebuhraya Tun Razak
26300 Gambang
Kuantan , Pahang
Tel : +609 549 2789
Faks : +609 549 3288
Email : admin@umpholdings.my

  1. IPT berstatus MSC.
  2. Pemegang status sebagai universiti digital pertama di Pantai Timur.
  3. Pusat Kecemerlangan Inisiatif Kampus Akademik yang pertama di Malaysia hasil kerjasama HeiTech Padu Berhad dan IBM Malaysia pada tahun 2011.
  4. Penubuhan Pusat kajian Nadir Bumi (Rare Earth Research Centre) yang menyumbangkan kepada peluang yang besar bagi penyelidik untuk meneroka serta membangunkan teknologi baharu khususnya dalam bidang Nadir Bumi (Rare Earth)
  5. Pusat Kecemerlangan Industri (I-CoE) hasil kerjasama dengan Miyazu Sdn.Bhd. bagi bidang acuan tekap (die and mould)
  6. Pusat Kecemerlangan Industri (I-CoE) Sapura Industrial Berhad bagi pembangunan Sistem Suspensi.
  7. Pusat Kecemerlangan Industri (I-CoE) Keysight bagi pemindahan serta perkongsian teknologi dalam bidang Radio Frekuensi dan Wireless.
  8. Pusat Kecemerlangan (I-CoE) Contruction Industry Development Board (CIDB) bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan menyediakan khidmat latihan dan melengkapkan kemahiran serta pengetahuan kritikal berkaitan industri pembinaan.
  9. Pusat Kecemerlangan Industri (I-CoE) Bioteknolgi pula ditubuhkan untuk memberi nilai tambah dari segi teknikal dan kemahiran insaniah kepada bakal graduan dalam bidang teknologi di seluruh Malaysia.
  10. Program apprentis dengan Malaysia Automotive Institute (MAI) dalam pembangunan modal insan pelajar.
  11. Perintis pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills).
  12. IPTA pertama terima Persijilan OHSAS 18001:1999 pada tahun 2007
  13. Program Dwi Ijazah iaitu hasil kerjasama dengan university di Jerman, Hochscule Karlsruhe Und Wirtschaft (HsKA).
  14. Pemangkin Program Dwi Ijazah dalam Kejuruteraan Perniagaan iaitu kerjasama dengan Reitlingen University (RU) Jerman bagi mengembangkan Kejuruteraan Perniagaan Di Malaysia.
  15. Menawarkan Program Teknologi Kejuruteraan dalam bidang Elektrik, Tenaga dan Persekitaran hasil kerjasama dengan Northern lllinois Universiti Amerika Syarikat.
  16. Program Teknologi Kejuruteraan Farmaseutikal dengan Institute of Technology
  17. Penubuhan Makmal Berpusat yang pertama di Pantai Timur pada tahun 2011.
  18. Makmal tercanggih dan terbaik di Pantai Timur.
  19. Program kerjasama dengan University of South Queensland Australia Teknologi bagi Kejuruteraan Pengurusan Inrastruktur.
  20. Menubuhkan Makmal Berpusat yang pertama di Pantai Timur pada tahun 2011.
  21. Makmal tercanggih dan terbaik di Pantai Timur.
  22. Kompleks Sukan bertaraf dunia.Sport Flooring yang menepati piawaian antarabangsa dan keluasan lantai terbesar daripada institusi pengajian tinggi (IPT) lain di Malaysia yang boleh memuatkan 12 gelanggang badminton.
  23. Pusat Sukan tumpuan bola keranjang Malaysia.
  24. Kemudahan Internet Wifi dan Sistem e-Community di dalam kampus.
  25. Pengguna bandwidth dan TM Hotzone terbesar di Pantai Timur.
  26. Universiti terawal menubuhkan Pusat Bahasa Mandarin dan Kebudayaan (MLCC) pada tahun 2011.
  27. Mempunyai Pusat Kerjaya & Akademik Jerman (GACC)
  28. Lokasi strategik UMP di Zon Perindustrian.
  29. Kolaborasi dan jalinan kerjasama erat dengan industri, syarikat korporat dan universiti ternama dalam dan luar negara.
  30. Penawaran pelbagai program pengajian kejuruteraan dan teknikal yang berkualiti dan diiktiraf.
  31. Kecemerlangan dalam penyelidikan dan inovasi.
  32. Penubuhan Pusat Tadbir Urus & Integriti (FGIC) di bawah naungan Fakulti Pengurusan Industri (FIM) daripada kluster penyelidikan Pimpinan Strategik dan Governan fakulti.
     

Permohonan boleh dibuat melalui UPUOnline, laman sesawang http://upu.moe.gov.my/ yang dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi dan lengkapkan permohonan anda.
 

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) UMP di talian berikut:

Unit Pengambilan Pelajar Tempatan dan Hubungan Akadmik
Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), UMP Pekan
Universiti Malaysia Pahang
26000 Pekan
Tel. : +609-424 5252 / 5263
Fax : +609-424 5262
Email : bpa@ump.edu.my

Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), UMP Kampus Gambang
Tel. : +609-549 2550
Faks : +609-549 2555
Web: http://bpa.ump.edu.my

Bagi permohonan program pengajian prasiswazah antarabangsa sila layari website berikut http://apps-oss.ump.edu.my/iusios/

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) UMP di talian berikut:

Unit Pengambilan Pelajar Antarabangsa & Kerjasama Luar
Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), UMP Pekan
Universiti Malaysia Pahang
26000 Pekan
Tel. : +609-424 5252 / 5270
Fax : +609-424 5262
Email : bpa@ump.edu.my

Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), UMP Gambang Campus
Tel. : +609-549 2550
Fax : +609-549 2555
Web: http://bpa.ump.edu.my

1. Program Sarjana Secara Kerja Kursus (Master by Coursework)

  • Layari portal Institut Pengajian Siswazah di ips.ump.edu.my
  • Pilih Senarai Program yang ditawarkan
  • Klik permohonan atas talian
  • Isi borang permohonan
  • Lengkapkan maklumat berikut:
  1. Maklumat diri
  2. Maklumat akadmik
  3. Pengalaman pekerjaan
  4. Maklumat kajian
  5. Muat naik dokumen yang diperlukan
  6. Buat pembayaran
  • Klik butang hantar
  • Tamat

2. Program Sarjana & Doktor Falsafah Secara Penyelidikan (Master and Doctor Philosophy by Research)

  • Layari portal Institut Pengajian Siswazah di ips.ump.edu.my
  • Pilih Senarai Program yang ditawarkan
  • Klik permohonan atas talian
  • Isi borang permohonan
  • Lengkapkan maklumat berikut:
    1. Maklumat diri
    2. Maklumat akadmik
    3. Pengalaman pekerjaan
    4. Maklumat kajian
    5. Muat naik dokumen yang diperlukan
    6. Buat pembayaran
  • Klik butang hantar
  • Tamat

UMP ada menawarkan pembelajaran jarak jauh iaitu pembelajaran sepanjang hayat. Maklumat lanjut layari website UMP Advance Education (UAE) di http://umpadvanced.ump.edu.my/

UMP Advanced Education,
Kompleks Pentadbiran Utama
Universiti Malaysia Pahang,
Lebuhraya Tun Razak,
26300 Gambang,Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel : +609 - 549 3177 / 3178
Fax : +609 - 549 3166
Email : info@ump-ae.com.my

  1. Laman Sesawang UMP: www.ump.edu.my
  2. Media Sosial
  • Facebook : UMP Malaysia
  • Instagram : @umpmalaysia
  • Twitter : @umpmalaysia