-A A +A

Maklumat Umum


Maklumat untuk: 

  • Bakal Pelajar Tempatan

undergraduate

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK

Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar (BPA) telah ditubuhkan pada tahun 2002. Dahulunya, BPA dikenali dengan nama Pusat Pengajian Prasiswazah (PPPS). Bahagian Pengurusan Akademik suatu ketika dahulu pernah bergabung dengan Unit Hal Ehwal Pelajar. Kedua-dua unit ini telah dipisahkan pada bulan Mei 2003.

Objektif Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) ialah untuk mengurus dan melaksanakan aktiviti hal ehwal akademik prasiswazah di UMP. Berikut adalah urusan-urusan yang dijalankan di BPA:

  1. Pengambilan Pelajar (Tempatan dan Antarabangsa)
  2. Pendaftaran Pelajar (Tempatan dan Antarabangsa)
  3. Pengurusan Rekod Pelajar
  4. Pendaftaran Kursus
  5. Peperiksaan Akhir
  6. Pengijazahan
  7. Pentadbiran dan Kewangan
  8. Pengurusan Senat Universiti
  9. Promosi Pengambilan Pelajar (Tempatan dan Antarabangsa)
  10. Hubungan Akademik Luar (Program Pesisir,Francais,dll)
  11. Penganugerahan
  12. Majlis Konvokesyen

BPA terbahagi kepada Unit seperti berikut:

  1. Unit Pengambilan Pelajar Tempatan & Hubungan Akademik
  2. Unit Pengambilan Pelajar Antarabangsa & Kerjasama Luar
  3. Unit Senat & Pentadbiran Akademik
  4. Unit Data & Rekod Pelajar
  5. Unit Peperiksaan
  6. Unit Penganugerahan & Pengijazahan

BPA juga ditugaskan sebagai urusetia kepada Senat Universiti yang menyelaraskan pengurusan Mesyuarat Senat Universiti. Senat adalah badan tertinggi akademik yang mentadbir serta menetapkan dasar mengenai pentadbiran akademik di Universiti.