-A A +A

Rasional Logo


  1. Bentuk keseluruhan perisai bersegi lima melambangkan institusi pendidikan yang mempunyai falsafah, visi dan misi tersendiri bertunjangkan kepada lima nilai teras.
     
  2. Bentuk orbit yang berputar mengelilingi berlian melambangkan ilmu yang progresif dan gabungan kedua-duanya mewakili graduan yang berwawasan global.
     
  3. Bentuk berlian melambangkan kemantapan tadbir urus baik berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Warna kuning melambangkan kedaulatan yang menaungi sistem tadbir urus baik universiti.
     
  4. Bentuk gading yang merupakan simbol negeri Pahang digarap secara dinamik bermaksud kekuatan ilmu dan kemahiran teknikal yang menyumbang ke arah kemakmuran sejagat. Warna biru dan tirus mencerminkan pendidikan bersepadu sebagai wadah perpaduan dan tamadun bangsa.
     
  5. Bentuk pena mencerminkan ilmu yang dijana oleh warga universiti dengan penuh hikmah. Warna putih adalah simbol kebenaran dan ketinggian ilmu yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
     
  6. Nama ringkas perkataan UMP ditengah-tengah grafik gading dan grafik pena yang menggambarkan ilmu pengetahuan yang digarap dan dikeluarkan di UMP.