-A A +A

Pusat Kecemerlangan Industri


Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara universiti dan industri bagi merealisasikan matlamat kewujudan mereka.

Jaringan kerjasama ini akan membantu dalam pembangunan modal insan yang relevan dengan keperluan dan keadaan semasa di samping meningkatkan usahasama dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan.

Setiap ICoE akan diketuai oleh syarikat peneraju yang menyediakan unjuran sumber manusia (eksekutif & bukan eksekutif). Ini termasuklah kemahiran dan kriteria yang dikenalpasti bagi meyokong keperluan ekosistem industri terbabit.

Sebaliknya, universiti pula berperanan dalam menyediakan pakar-pakar dan kemudahan latihan serta menyiapsiagakan pelajar-pelajar UMP serta pelajar-pelajar dari instituti pengajian tinggi yang lain untuk

Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menerajui 5 kluster ICoE seperti berikut:

KLUSTER SYARIKAT PENERAJU PENGARAH/KETUA PUSAT
Automotif
  • Sapura Industrial Berhad
  • Miyazu Sdn. Bhd.
Profesor Madya Dr. Abdul Adam bin Abdullah
ICT
  • Syarikat IBM Malaysia
  • Basecamp VFX Sdn Bhd
  • Motorola Solutions
Dr. Mohamed Ariff bin Ameedeen
Pembinaan
  • Industry Development Board (CIDB)
  • Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB)
  • Sunway Construction Sdn. Bhd.
  • Hanson Heidelberg Cement Group
  • WCT Berhad
Dr. Mohd Yuhyi bin Mohd Tadza
Elektrik & Elektronik
  • Agilent Technologies
  • Silterra Malaysia
Dr. Fahmi bin Samsuri
Bioteknologi
  • Biocon Ltd
  • CJ Bio Malaysia
  • Malaysian Bio-XCell
Dr. Nina Suhaity bt. Azmi