-A A +A

Mengapa UMP jadi pilihan?


Keistimewaan dan Keunikan Teknologi bermula di sini.

  • IPT berstatus MSC.
  • Pemegang status sebagai universiti digital pertama di Pantai Timur.
  • 5 bintang bagi penarafan data MyMohes Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
  • 5 bintang bagi penarafan Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA)
  • Pusat Kecemerlangan Inisiatif Kampus Akademik yang pertama di Malaysia hasil kerjasama HeiTech Padu Berhad dan IBM Malaysia pada tahun 2011.
  • Penubuhan Pusat Kajian Nadir Bumi (Rare Earth Research Centre) yang menyumbangkan kepada pembangunan industri-industri dan menyediakan peluang yang besar bagi penyelidik untuk meneroka serta membangungkan teknologi baharu khususnya dalam bidang Nadir Bumi (Rare Earth).
  • Pusat Kecemerlangan Industri (I-CoE) hasil kerjasama dengan Miyazu Sdn. Bhd. bagi bidang acuan tekap (die and mold)
  • Pusat Kecemerlangan Industri (I-CoE) Sapura Industrial Berhad bagi pembangunan Sistem Suspensi.
  • Pusat Kecemerlangan Industri (I-CoE) Agilent Technologies bagi pemindahan serta perkongsian teknologi untuk mewujudkan program sarjana muda dan sarjana secara kerja kursus dalam bidang Radio Frekuensi dan Wireless.
  • Pusat Kecemerlangan Industri (I-CoE) Construction Industry Development Board (CIDB) bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan menyediakan khidmat latihan dan melengkapkan kemahiran serta pengetahuan kritikal berkaitan industri pembinaan.
  • Pusat Kecemerlangan Industri (I-CoE) Bioteknologi pula ditubuhkan untuk memberi nilai tambah dari segi teknikal dan kemahiran insaniah kepada bakal graduan dalam bidang teknologi di seluruh Malaysia.
  • Program apprentis dengan Malaysian Automotive Institute (MAI) dalam pembangunan modal insan pelajar.
  • Perintis pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills).
  • IPTA pertama terima Persijilan OHSAS 18001:1999 pada tahun 2007.
  • Program Dwi Ijazah iaitu hasil kerjasama dengan universiti di Jerman, Hochscule Karlsruhe Und Wirtschaft (HsKA).
  • Pemangkin Program Dwi Ijazah dalam Kejuruteraan Perniagaan iaitu kerjasama dengan Reutlingen University (RU), Jerman bagi mengembangkan Kejuruteraan Perniagaan di Malaysia.
  • Menawarkan program Teknologi Kejuruteraan dalam bidang Elektrik, Tenaga dan Persekitaran hasil kerjasama dengan Northern Illinois University (NIU) Amerika Syarikat.
  • Program Teknologi Kejuruteraan Farmaseutikal dengan Institute of Technology Tallaght, Ireland.
  • Program kerjasama dengan University of South Queensland Australia Teknologi bagi Kejuruteraan Pengurusan Infrastruktur.
  • Menubuhkan Makmal Pusat yang pertama di Pantai Timur pada tahun 2011.
  • Makmal tercanggih dan terbaik di Pantai Timur.
  • Kompleks Sukan bertaraf dunia. Sport Flooring yang menepati piawaian antarabangsa dan keluasan lantai terbesar daripada institusi pengajian tinggi (IPT) lain di Malaysia yang boleh memuatkan 12 gelanggang badminton.
  • Pusat sukan tumpuan bola keranjang di Malaysia.
  • Kemudahan Internet Wifi dan Sistem e-Community di dalam kampus.
  • Pengguna bandwidth dan TM Hotzone terbesar di Pantai Timur.
  • Universiti terawal menubuhkan Pusat Bahasa Mandarin dan Kebudayaan (MLCC) pada tahun 2011.
  • Mempunyai Pusat Kerjaya & Akademik Jerman (GACC).
  • Lokasi strategik UMP di Zon Perindustrian.
  • Kolaborasi dan jalinan kerjasama erat dengan industri, syarikat korporat dan universiti ternama dalam dan luar negara.
  • Penawaran pelbagai program pengajian kejuruteraan dan teknikal yang berkualiti dan diiktiraf.
  • Prasarana yang lengkap, selesa dan sejahtera.
  • Kecemerlangan dalam penyelidikan dan inovasi.
  • Mobiliti pelajar menjelajah ke 37 buah negara di dunia.