Universiti Malaysia Pahang berhasrat untuk menjadi satu komuniti terbilang yang terdiri daripada pakar, penyelidik, pegawai, pelajar dan alumni yang berusaha bersama dalam satu semangat dan daya usaha inovasi.
Universiti Teknologi Terunggul
Kami menyediakan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan bertaraf dunia dalam ekosistem kejuruteraan dan teknologi kreatif dan inovatif yang memaksimumkan potensi insan untuk manfaat masyarakat.
Kepercayaan bahawa ilmu adalah amanah Allah kepada manusia sebagai khalifah untuk dimanfaatkan. Penekanan kepada ilmu gunaan yang dipraktikkan oleh insan berakhlak akan menyumbang ke arah keharmonian dan kemakmuran sejagat.