Terma Rujukan Amalan 5S (QE)

  • 1.0  PUNCA KUASA
      i. Mesyuarat Majlis Kualiti Bil.2 Tahun 2006 memutuskan semua PTJ perlu melaksanakan Amalan 5S 
      ii. Mesyuarat Pihak Pengurusan Universiti (MPPU) Bilangan 15/2008 meluluskan penubuhan Jawatankuasa Induk Amakan 5S Universiti.
      ii. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 4 Tahun 1991 (Garis Panduan Mengenai Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam) menggalakan semua agensi kerajaan melaksanakan budaya Amalan 5S.
     
    2.0 KEANGGOTAAN
      i. Pengerusi: Penolong Naib Canselor PPKPK
      ii. Setiausaha & Sekretariat: PPKPK
      iii. Pengerusi Jawatankuasa Kerja (Audit)
      iv. Pengerusi Jawatankuasa Kerja (Latihan)
      v. Pengerusi Jawatankuasa Kerja (Promosi)
      vi. Lain-lain Ahli Jawatankuasa dilantik/sub Jawatankuasa PTJ
         
    3.0 KEKERAPAN MESYUARAT 
      Mesyuarat diadakan tiga (3) bulan sekali
         
    4.0  URUSETIA
      Urusetia jawatankuasa adalah Bahagian Perancangan Korporat PPKPK
         
    5.0  KUASA
      i. Merancang, memastikan pelaksanaan, memantau dan melapor inisiatif Amalan 5S universiti di Majlis Kualiti.
      ii. Membangunkan program mengikut objektif yang selari dengan objektif.
      iii. Mempromosikan pengamalan 5S supaya difahami dan dilaksanakan di peringkat PTJ.
      iv. Menjadi pemudah cara bagi proses pelaksanaan 5S di peringkat PTJ.
         
    6.0 DOKUMEN RUJUKAN
      i. Panduan Amalan 5S Sektor Awam (MAMPU)
      ii. Panduan Amalan 5S Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM)
      iii.
    1. Panduan Peningkatan Produktiviti dan Kualiti (MPC)
      iv. Lain-lain dokumen yang dibangun dan diterbit dari semasa ke semasa