Piawaian Prosedur Auditee (S.O.P)

Senarai Semak PTJ UMP


Sebelum audit

a. Pengerusi JK Amalan 5S/QE PTJ dan Pengerusi JK Kerja Audit PTJ perlu hadir Mesyuarat Pembukaan bersama dengan Juruaudit mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
b .Pastikan Fail dan Dokumen Amalan 5S/QE PTJ lengkap dan mengikut keperluan yang ditetapkan di dalam Borang Audit Amalan 5S/QE Universiti.
c Pastikan persekitaran PTJ kemas dan tersusun. Pastikan komentar Audit Dalaman sebelumnya telah diambil tindakan.
d. Pastikan semua staf di PTJ ambil maklum dan memberi kerjasama bagi tujuan audit Amalan 5S/QE.
e. 3 Pengerusi JK Kerja Amalan 5S/QE PTJ (Audit, Promosi & Latihan) perlu mengikuti perkembangan semasa mengenai pelaksanaan pengauditan yang akan dijalankan.
f. Sediakan tempat yang sesuai bagi Juruaudit untuk membuat semakan ke atas Fail Amalan 5S/QE PTJ.
g. Pastikan E-Sudut Amalan 5S/QE dan Sudut Amalan 5S/QE PTJ dikemaskini.


 

Selepas audit

a. Pastikan 3 JK Kerja Amalan 5S/QE PTJ (Promosi, Latihan & Audit) atau wakil PTJ berada semasa sesi penutupan audit audit.
b. Pastikan setiap komentar dan cadangan daripada Juruaudit dicatat sepanjang proses audit berjalan di PTJ.
c. Beri kerjasama, layanan baik dan respon kepada Juruaudit semasa sesi audit 5S/QE dijalankan.
d. Pastikan sesi audit, gambar penambahbaikan dan gambar dapatan audit diambil dan direkodkan.
e. Pengerusi JK Amalan 5S/QE PTJ/Pengerusi JK Kerja Audit PTJ hadir Mesyuarat Penutupan Audit bersama dengan Juruaudit mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan oleh JK Induk Amalan 5S/QE Universiti.
f Sila pastikan Borang Kehadiran, Borang Audit (Pentadbiran/Makmal/BK@DK) dan Report Card dikemaskini dan lengkap.