Amalan 5S @ UMP

  • UMP telah melaksanakan Amalan 5S semenjak tahun 2006 berdasarkan keputusan Jawatankuasa Kualiti dan Produktiviti (yang kemudiannya ditukar kepada Majlis Kualiti UMP pada 2007).

  • Bagaimana pun skop Amalan 5S sehingga kini adalah terhad kepada skop `Persekitaran Berkualiti' sahaja.

  • Walaupun arahan pengamalan melibatkan kesemua PTJ di UMP, di atas sebab logistik dan kekangan sumber, proses pensijilan oleh pihak MPC cuma terhad kepada beberapa PTJ terpilih sahaja.

  • Ini menyebabkan hasrat pembudayaan Amalan 5S, sekurang-kurangnya dalam skop `Persekitaran Berkualiti' tidak tercapai sepenuhnya. Itu belum termasuk lagi pencapaian elemen lain seperti pengurangan kos, keberkesanan proses kerja, `Lean Management' dan lain-lain.

  • Selain dari itu, perbincangan dengan pihak PTJ mendapati pengamalan 5S sepertimana sedia ada lebih dirasakan sebagai bebanan kerja yang tidak menyumbang secara berkesan terhadap produktiviti kerja.

  • Maka, untuk proses penambahbaikan, bermula pada 2012, PPKPK selaku Pengerusi dan Sekretariat J/K Induk Amalan 5S universiti merancang untuk mengkaji semula pelaksanaan 5S melalui beberapa siri perbincangan, prabengkel dan bengkel.